Farid Kamil perli siapa tu?

Farid Kamil perli siapa tu?

Tidak pasti ditujukan kepada siapa, beberapa hantaran pelakon, Farid Kamil, 42, menerusi Instagram menimbulkan teka-teki.

Dalam hantaran itu, Farid secara amnya mengutuk perbuatan lelaki memukul wanita yang boleh meninggalkan trauma buat jangka masa panjang.

“Nak jadi KL ‘g’ bersongkok pun, tak boleh pukul wanita ni Da’i hoi. Mesti ada sesuatu yang cukup istimewa pasal dia kan? Sebab laporan 2005 hingga 2020 mengenai pukul wanita tak akan ada tindakan (NFA), hari ni pukul lagi.

“Adakah ini contoh anak munafik lelaki penderhaka 2023? Macam filem, kita putar semula roda-roda kehidupan. Besar kuasa Allah swt kalau nak bandingkan dengan AlhamduRinggit kau itu,” tulisnya.

Dalam beberapa hantarannya, pelakon filem Anwar : The Untold Story itu turut berkias dalam tulisannya.

“Untuk rekod ya, dia yang memukul wanita bernama Diana pada 2005, laporan tapi tiada tindakan (NFA). Anak Sultan Kuala Lumpur barangkali, sindir Pak Abu.

“Trauma sampai sekarang. Kasihan. Tak ada siapa boleh ‘back up’ (lindungi) orang trauma ini tahu Dol. Kau sampai tahun 2023 masih memukul wanita lagi. Ambil gambar senyum dengan gigi palsu itu jari kasih tunjuk atas? Macho ke pukul wanita ini Dol?” tulisnya.

Sementara itu, usaha Harian Metro menghubungi Farid bagi mendapatkan penjelasannya berhubung hantaran itut tidak berjaya apabila dia tidak membalas mesej WhatsApp yang dihantar.

Untuk rekod, isteri Farid yang juga pelakon Diana Danielle pernah membuat pendedahan dirinya menjadi mangsa dipukul bekas teman lelakinya.

Perkongsian itu dibuat pada Disember tahun lalu, ketika sesi temubual bersama pengacara, Amelia Henderson.

Menurut Diana, kejadian berlaku ketika dia berusia 17 tahun selepas menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). HM

Farid Kamil perli siapa tu?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Ingat LRT bapak kau punya”

A Aida takkan beri ‘job’ kepada Hafidz Roshdi

Syamsul enggan cerai Puteri Sarah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker