Musa Hassan beri amaran jangan masuk campur urusan keluarga [VIDEO]

PETALING JAYA – Bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan menggesa orang ramai untuk menghormati privasinya.

Musa berkata demikian dalam satu ciapan di Twitter selepas tersebar klip video memaparkan seorang lelaki menyerupai dirinya berbalah dengan seorang wanita di dalam sebuah rumah.

“Ini adalah masalah privasi keluarga. Jangan ada yang masuk campur.

“Jika ada yang membuat spekulasi akan berhadapan dengan tindakan undang-undang,” katanya dalam satu ciapan di Twitter.

Terdahulu,tular sebuah video memaparkan seorang lelaki dipercayai bekas pegawai kanan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) bergaduh dengan seorang wanita dipercayai isteri keduanya sehingga mengundang pelbagai reaksi ramai.

Berdasarkan video kurang seminit itu, individu terbabit yang memakai topi keledar berwarna merah dilihat merampas telefon bimbit milik wanita berkenaan yang sedang merakam situasi pergaduhan mereka.

Dalam video lain yang dikongsikan pengguna media sosial, kedengaran suara kedua-dua mereka bergaduh mengenai tuntutan hak saham dan perniagaan masing-masing

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker