Keluarga mangsa MH370 mahu pencarian diteruskan

Biarpun insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sudah sembilan tahun sudah berlalu, keluarga mangsa masih menaruh harapan agar usaha pencarian dapat diteruskan.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan wakil keluarga mangsa Kumpulan Voice370, mereka meminta agar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat memberi sokongan kepada keluarga mangsa dengan menerima cadangan yang diutarakan oleh firma peneroma dasar laut, Ocean Infinity.

“Kami tetap gembira dan usaha yang dilakukan oleh saintis, ahli teknologi, penyiasat, wartawan, media dan rakyat di seluruh dunia yang terus kekal terlibat serta memberikan pandangan untuk terus membantu mengekalkan usaha mencari MH370.



“Adalah menjadi harapan kami bahawa 2023 akan membawa kepada pencarian yang menandakan permulaan dan berakhirnya pencarian kehilangan MH370,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Kata kenyataan itu juga, pihak keluarga mangsa sangat mengalu-alukan usaha yang dilakukan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke Siew Fook atas sokongan berterusan dan keterbukaan beliau terhadap pencarian yang diperbaharui itu.

Baru-baru ini media melaporkan, Anthony Loke menegaskan bahawa beliau tidak akan sesekali menghentikan usaha mencari atau siasatan berhubung tragedi yang menimpa pesawat MH370.

Beliau berkata, kerajaan Malaysia tidak pernah melupakan tragedi berkenaan dan akan menyambung semula operasi pencarian bagi mengesan lokasi terakhirnya jika terdapat maklumat baharu yang boleh dipercayai.



Voice370 turut memberitahu, biarpun keluarga penumpang serta anak kapal berjaya membina kehidupan semula namun keselamatan penerbangan ketika ini masih menjadi isu besar global.

“Selagi kita masih dalam kegelapan mengenai apa yang berlaku kepada MH370, kita tidak dapat mengelakkan tragedi yang sama berulang kembali.

“Sehubungan itu, kami percaya bahawa pencarian MH370 adalah perkara yang perlu dilakukan sehingga selesai,” ujarnya.

Pada 8 Mac 2014, pesawat Boeing 777 yang membawa seramai 239 penumpang termasuk anak kapal itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing namun hilang daripada skrin radar dua jam selepas penerbangan.



Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat digerakkan secara besar-besaran oleh beberapa negara di kawasan berkeluasan jutaan kilometer persegi di selatan Lautan Hindi namun bangkai atau pesawat berkenaan gagal ditemui sehingga kini.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhAatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Ingat LRT bapak kau punya”

A Aida takkan beri ‘job’ kepada Hafidz Roshdi



Syamsul enggan cerai Puteri Sarah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker