Dipukul setengah mati, saya maafkan, curi wang, saya tiada kuasa maafkan – Anwar

Dipukul setengah mati, saya maafkan, curi wang, saya tiada kuasa maafkan – Anwar

“Saya dipukul setengah mati, saya maafkan, kerana itu soal peribadi tapi wang dicuri berbilion-bilion, saya tiada kuasa maafkan,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri menegaskan bahawa beliau masih boleh maafkan individu memukulnya sewaktu dalam tahanan penjara bagaimanapun tidak akan sesekali berkompromi dengan mereka yang bertindak mencuri wang negara berbilion ringgit.

Menurutnya, beliau tidak akan menggunakan kuasanya untuk memaafkan mereka yang terbabit mencuri hasil negara.

“Saya tak berhajat untuk mengorek dan mencungkil semua kelemahan lalu melainkan ia membabitkan dana yang mesti dipulangkan kepada negara,” katanya ketika ucaptama Sesi interaksi Perdana Menteri bersama Ketua-ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia secara maya sempena Sesi Pemukiman Wisma Putra di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Perdana Menteri berkata, wang dicuri adalah hak rakyat dan ia menjadi tugas badan berkuasa negara untuk mengembalikannya supaya dana boleh digunakan untuk manfaat rakyat.

“Sekolah daif boleh diperbaiki, tandas sekolah anak-anak kena diperbaiki, klinik-klinik diperbaiki, nasib orang yang ditimpa kemalangan dan wabak Covid-19 dan sekarang banjir .. semua dapat dibantu,” katanya.

Namun katanya, untuk membawa perubahan kepada negara termasuk bebas rasuah dan salah guna kuasa bukan suatu yang mudah, sebaliknya memerlukan kerjasama semua pihak.

“Saya ingin tegaskan ini bukan sesuatu yang mudah kerana kita berdepan dengan kekuatan yang akan menghalang perubahan.

“Kumpulan elit politik yang selesa dan senang dengan kuasa mereka, cara rasuah mereka dengan menyorok, mereka tak mahu lakukan perubahan,” katanya. HM

Dipukul setengah mati, saya maafkan, curi wang, saya tiada kuasa maafkan – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Ingat LRT bapak kau punya”

A Aida takkan beri ‘job’ kepada Hafidz Roshdi

Syamsul enggan cerai Puteri Sarah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker