Tiket konsert Hael Husaini tak laku?

Konsert itu telah dibatalkan atas alasan kesihatan Hael.

Tiket konsert Hael Husaini tak laku?

Persiapan konsert 70 peratus siap dilakukan, namun, penyanyi dan komposer, Hael Husaini terpaksa membatalkannya disebabkan masalah kesihatan.

Namun, sehingga hari ini, setiap persoalan masih belum terjawab apabila empunya diri hanya mendiamkan diri.

Masalah kesihatan Hael atau nama sebenarnya, Hal Husaini Razmi juga dikaitkan dengan penampilannya persis bintang K-Pop sehingga ada yang mendakwanya menggunakan teknologi moden demi untuk mendapatkan bentuk wajah dan kulit putih melepak seperti ‘oppa’.

Konsert Hael Husaini Live In KL sepatutnya berlangsung pada 4 Disember, tahun lalu ditunda kepada 19 Februari lalu. Namun, konsert yang sepatutnya di Zepp Kuala Lumpur itu akhirnya dibatalkan.

Hael berkata, konsert ditunda atas beberapa masalah yang syarikat pengurusan, Rocketfuel Entertainment sudah jelaskan.

“Secara jujurnya, ini adalah keputusan yang diputuskan saya bersama syarikat pengurusan. Mereka membenarkan saya berehat dan tidak terbabit dalam apa-apa konsert agar tidak menjejaskan masalah kesihatan dalam tempoh yang lama.

“Insya-Allah, saya mengharapkan konsert akan dapat direalisasikan, tahun ini.

“Bohonglah jika saya tidak kecewa memandangkan kerana ini adalah konsert pertama selepas 15 tahun bergelar penyanyi.

“Saya sangat teruja, malah 70 peratus persiapan sudah dilakukan, tetapi saya tidak boleh menyalahkan sesiapa dan anggap bukan rezeki bila berdepan masalah kesihatan,” katanya kepada BH Online.

Hael yang ditemui pada sidang media memperkenalkan Tonton Anugerah Drama Sangat (TADS), baru-baru ini.

Mengulas adakah faktor kesihatan atau tiket tidak terjual, penyanyi lagu Jampi dan Haram itu menafikannya.

“Tidak, saya memang tidak berapa sihat. Jika ada rezeki, saya mahu merealisasikan konsert tahun ini.

“Suatu hari saya yakin pasti konsert solo saya akan diadakan sebab saya mempunyai impian tinggi, jadi biarlah perlahan-lahan saya bina konsert dan cuba melakukan yang terbaik,” katanya.

Mengulas dilihat semakin kurus, Hael berkata, dia bukan hanya mahu menjaga penampilan, malah banyak benda yang kena potong disebabkan mahu sembuh cepat.

“Banyak benda saya kena jaga. Dari segi kesihatan dan pemakanan memang dititikberatkan.

“Jika dihitung, berat dahulu dan sekarang lebih kurang, Alhamdulillah saya sihat. Apa paling penting, saya nak sihat,” katanya.

Tambah Hael, dia banyak membabitkan diri dengan jenama antarabangsa sejak tahun lalu.

“Ia tentunya menjadi pengalaman dan saya berbesar hati mewakili Malaysia. Apabila saya diundang pereka fesyen, ia membuktikan mereka nampak Malaysia sudah ke hadapan dan fesyen diketengahkan boleh dibawa ke Malaysia.

“Sebenarnya, ramai artis yang ditemui di luar negara, jadi memang ada perancangan kolaborasi dengan artis antarabangsa.

“Tetapi, masih tidak boleh berkongsi sekarang. Insya-Allah, doakan perancangan menjadi,” katanya. BH

Tiket konsert Hael Husaini tak laku?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Ingat LRT bapak kau punya”

A Aida takkan beri ‘job’ kepada Hafidz Roshdi

Syamsul enggan cerai Puteri Sarah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker