Lagi Gadis Ditahan Polis Ketika Sekatan Jalan Raya Tapi Apa Yang Berlaku Memang Tak DiSangka..

Sehari dua ini kecoh dimedia sosial dimana kecoh tentang 2 orang gadis yang berasingan telah ditahan anggota polis ketika sekatan jalan raya.

Seorang gadis selepas ditahan telah diminta nombor telefon dan dikatakan anggota polis tersebut telah menghantar pesanan ringkas kepada gadis tersebut.

Manakala bagi seorang lagi gadis telah ditahan di sekatan jalan raya tetapi apa yang berlaku memang satu pengalaman yang menyedihkan.

Kedua dua kes telah diambil maklum oleh pihak PDRM dan siasatan sedang dijalankan.

Secara tidak langsung nama polis di sekatan jalan raya menjadi buah mulut netizen.

KENA TAHAN ROADBLOCK

Hari ini muncul satu lagi kisah gadis ditahan oleh anggota polis ketika sekatan jalan raya tetapi kali ini agak sedikit berbeza. Jom baca apa yang saudari Suaida Salehudin ceritakan.

Tengah drive, sampai kat Tol Damansara then ada roadblock. Aku dengan selamba muka confident angkat tangan dekat abg polis, siap pakej beri salam.

Dia tanya aku dari mana, aku cakap baru balik kerja, nak balik rumah. Dia terpandang depan cermin roadtax aku mati bulan Ogos tahun lepas. haha..

Selamba aku bawa kereta dengan roadtax mati tapi sebelum ni tak pernah kena tahan.

Polis cakap, Cik berhenti tepi sekejap, minta lesen dengan ic. Aku dalam hati alamakk.

Kantoi roadtax mati pulak

Nak jadikan cerita, roadtax tu sebenarnya baru dapat, baru bayar tapi tak sempat tampal then aku letak je dalam kereta gitu je.

Aku cakap kat abg polis, encik roadtax ada, cuma saya tak sempat nak tampal.

Dia kata Haaa nasib baik, saya nampak roadtax mati dari bulan 8 lagi tu sebab tu suruh berhenti.

Bagi saya roadtax saya tolong tampal kan

Kawan polis tu cakap, special awak polis tolong tampalkan raodtax sambil gelak ramai-ramai. Busy sangat awak ni sampaikan roadtax nak tampal pun tak sempat.

Aku tersengih je dalam kereta. Maaf la saya tak pandai tampal roadtax. Nasib tak kena sam4n.

Terima kasih abg polis.. Baik sungguh abg polis tolong tampalkan roadtax kereta saya.

Cakap pun baik, lembut je..haha

Moral of the story, confident pun kadang-kadang boleh kantoi jugak..

And Tak semua abang polis tu gatal and tak baik. Yang tak baik tu individu bukannya POLIS.

Sumber : Suaida Salehudin

PKPB: Pengantin tampal pelekat, pinda tarikh kad jemputan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker