PKPB: Pelajar UMS dibenarkan pulang ke kampung

KOTA KINABALU: Pelajar yang berada di kampus Universiti Malaysia Sabah (UMS), dibenarkan pulang ke kampung masing-masing termasuk di Semenanjung dan Sarawak, bermula Jumaat lalu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata kebenaran itu diberikan selepas Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS menerima banyak permintaan terbabit daripada ibu bapa pelajar.

“Bagaimanapun, mana-mana pelajar yang telah balik adalah tidak dibenarkan masuk semula ke kampus, melainkan mendapat kelulusan.



“Pelajar boleh memohon kebenaran pulang ke kampung daripada pihak fakulti masing-masing.

“Cari sakit, dapat sakit” – Mahathir

“Mereka juga dikehendaki mengemukakan surat akuan ibu bapa dan pelajar untuk keluar dari kampus, di pejabat kolej kediaman masing-masing,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.



Masidi berkata, pihaknya amat mengambil berat akan kebajikan dan kesihatan pelajar yang tidak dapat pulang ke rumah masing-masing sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Pihak UMS telah memberi pelbagai bantuan dan mengadakan program untuk pelajar yang berada di kampus dalam usaha memastikan kesihatan mental serta kebajikan mereka terjaga sepanjang tempoh pelaksanaan PKPB,” katanya.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker