Kenyataan Hadi takutkan pelabur – Mat Sabu

Ini berikutan kenyataan Hadi yang PN mahu jatuhkan kerajaan sekarang.

Kenyataan Hadi takutkan pelabur – Mat Sabu

Presiden Amanah Mohamad Sabu menyatakan kebimbangannya susulan dakwaan presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang mengakui wujudnya usaha menjatuhkan kerajaan.

Menurut Mohamad, kenyataan sedemikian boleh menakutkan pelabur untuk datang melabur ke Malaysia.



“Baru-baru ini kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS yang mewakili satu pertiga ahli parlimen Perikatan Nasional (PN) yang berusaha terus untuk menukar kerajaan bukan melalui pilihan raya, sama ada ‘tebuk atap’ atau yang bocor sendiri.

“Kenyataan beliau itu memang boleh menakutkan para pelabur untuk datang ke Malaysia. Antara syarat pelabur untuk melabur dan mengeluarkan perbelanjaan mereka ialah kesejahteran, keamanan dan kestabilan sesebuah negara dan mereka sanggup berbelanja besar untuk melabur,” katanya dalam video ucapan melalui hantaran Facebook, malam tadi.

Menteri pertanian dan keterjaminan makanan itu berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Abdul Hadi yang meramalkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan tumbang tidak lama lagi.

Berucap pada sesi Dialog Ulama Negarawan: Mendepani Cabaran Globalisasi Media Masa Kini anjuran Yayasan Permata Ummah di Kuala Lumpur, ahli parlimen Marang itu bagaimanapun tidak menyebut berdasarkan apa jangkaannya itu dibuat.



“Orang tanya bila berlaku ini, ini ramalan. Insya-Allah (akan berlaku) dalam masa terdekat,” katanya.

Sementara itu Mohaamd Sabu berkata, Abdul Hadi sebagai pimpinan veteran politik sepatutnya menyeru ahlinya supaya bekerja keras untuk tumbangkan kerajaan melalui pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Namun katanya, apabila pemimpin besar seperti Abdul Hadi menyebut soal menukar kerajaan tanpa melalui pilihan raya, ia boleh menggusarkan para pelabur.

“Sepatutnya presiden PAS mewakili PN bekerja kuat dengan segala kelebihan yang ada untuk menumbangkan kerajaan perpaduan dalam pilihan raya akan datang, ini yang menyuburkan demokrasi.



“Telah diketahui bahawa angka-angka yang dipersembahkan bahawa pertukaran tiga perdana menteri dalam masa yang singkat telah menjejaskan aliran pelaburan ke malaysia, oleh itu apa yang disebut oleh presiden PAS secara berulang untuk menukar kerajaan katanya di atas sistem demokrasi sama ada melalui undi tak percaya atau akuan bersumpah (SD) ini dapat mengurangkan sentimen kepada pelabur untuk datang ke Malaysia,” katanya.

Tambah Ahli Parlimen Kota Raja itu, dia bagaimanapun yakin kerajaan pimpinan Anwar akan bertahan sehingga penggal berakhir.

“Saya berkeyakinan penuh kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan bertahan sehingga pilihan raya akan datang.

“Binalah Malaysia Madani, Malaysia yang demokrasi. Tukarlah kerajaan melalui pilihan raya umum,” jelas Mohamad. Mk



Kenyataan Hadi takutkan pelabur – Mat Sabu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Ingat LRT bapak kau punya”



A Aida takkan beri ‘job’ kepada Hafidz Roshdi

Syamsul enggan cerai Puteri Sarah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker