Yazmin Aziz yakin hubungan kali ini tahan lama

Yazmin teruja kekasih minat dekati Islam

Yazmin Aziz yakin hubungan kali ini tahan lama

Penyanyi dan pempengaruh, Yazmin Aziz sebelum ini mengakui sedang menjalin hubungan dengan seorang atlet bola keranjang berasal dari Hong Kong.

Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, Yazmin berkongsi rasa teruja mengenai kekasih baharunya, Austin Veloso, yang menunjukkan minat kepada budaya Melayu dan agama Islam.

Ingin belajar mengenai Islam

Yazmin, 22, berkata, walaupun kekasihnya bukan beragama Islam, dia sering ingin belajar mengenai Islam contohnya, sambutan Ramadan dan Aidilfitri.

Kekasih saya bukan orang Islam, tapi, dia sangat menghormati agama Islam. Saya pun nak perkenalkan budaya kita kepada dia contohnya, nak belikan baju Melayu untuk dia juga. Dia pun suka tengok baju Melayu.

Dia berdarah campuran Filipina, Sepanyol dan Portugis, tapi berasal dari Kanada. Tapi, sekarang, dia menetap di Hong Kong kerana bermain untuk satu kelab bola keranjang di sana.

Ujar Yazmin, sekiranya Austin mencuba berpuasa pada tahun ini, ia akan menjadi pengalaman pertama buatnya.

Apa yang boleh saya katakan, dia memang terbuka untuk mencuba. Dia ada bertanya, orang Islam akan berpuasa selama sebulan? Saya beritahu kepadanya, memang sebulan dan dia rasa sangat kagum.

Bercerita lebih lanjut mengenai soal hubungan, Yazmin memberitahu dia dan Austin akan berjumpa antara satu sama lain, sekali dalam sebulan memandangkan jarak di antara mereka jauh.

Kami dah bercinta sejak lebih kurang dua minggu lalu. Saya tak tahu kenapa, tapi, saya dapat rasakan bahawa ada sesuatu yang istimewa mengenainya. Saya rasa, hubungan kali ini akan bertahan lama.

Setiap bulan, kami akan berjumpa satu sama lain, sama ada di Malaysia, atau di Hong Kong. Jadi, kami perlu bekerja keras kerana hubungan ini perlukan usaha yang banyak.
Sumber: Harian Metro

Yazmin Aziz yakin hubungan kali ini tahan lama

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Ingat LRT bapak kau punya”

A Aida takkan beri ‘job’ kepada Hafidz Roshdi

Syamsul enggan cerai Puteri Sarah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker