Wujud gerakan tukar kepimpinan UMNO untuk tumbangkan kerajaan agar pemimpin parti tertentu dapat lari dari pendakwaan

Parti lain sibuk tukar kepimpinan UMNO dan porak-perandakan UMNO bagi tumbangkan kerajaan untuk elak pemimpin mereka yang rasuah dan menyalahgunakan kuasa tidak didakwa

Oleh Norzahira

ISU jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan menjadi tumpuan bukan ahli UMNO atau lebih tepat ahli-ahli parti lain.

Sebagaimana yang kita tahu, pemimpin parti-parti lain sedang cuba menukar kepimpinan UMNO dan memporak-perandakan UMNO bagi menumbangkan kerajaan dalam usaha untuk mengelakkan pemimpin mereka yang rasuah dan menyalahgunakan kuasa tidak didakwa.

Gerakan tersebut sedang dijalankan secara besar-besaran menjelang pemilihan tertinggi UMNO dan sayap-sayap.

Baru-baru ini Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Abdul Hadi Awang berkias untuk menjatuhkan dan menukar kerajaan. Para penganalisis politik melihat kenyataan Hadi tersebut bermotifkan cubaan lari daripada pendakwaan yang sedang dihadapi.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah bertitah supaya pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikekalkan sehingga tamat penggal sebagai pesanan penting untuk mencapai kestabilan dalam negara. Kenyataan Hadi menunjukkan beliau langsung tidak peduli terhadap titah YDP Agong.

Berbalik kepada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan telah menerima surat daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang memberikan keabsahan kepada Perhimpunan Agung Umno 2022 yang membawa usul jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan.

Pengerusi Tetap Umno Badruddin Amiruddin telah mengikuti semua peraturan termaktub dalam peraturan mesyuarat perhimpunan itu dan usul juga mengikut perlembagaan parti.

Oleh itu, langsung tidak wujud isu namun perkara tersebut telah mengagalkan niat parti-parti lain yang mahu menukar kepimpinan UMNO pada peringkat pertama.

Desas desus yang bertiup kencang kini pula mendedahkan kumpulan “broker” yang membawa suara parti Muhyiddin telah menyusun calon bertanding dalam ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

Ahli UMNO termasuk calon bertanding dalam pemilihan parti, terutama bagi jawatan MKT Umno diingatkan agar tidak terpengaruh dengan kumpulan yang mahu menggugat kerajaan semasa. Kita tidak mahu ada dalam kalangan calon pada pemilihan parti bertindak mendukung parti lain dan mengenepikan perjuangan Umno.

Mereka sanggup lakukan apa sahaja bagi melepaskan diri memandangkan selama 17 bulan berkuasa, bermacam-macam jenayah mereka lakukan kini mereka berada dalam ketakutan.

Dulu mereka kata, mereka ini bersih dan stabil rupa-rupanya mereka buat ‘direct nego’ untuk projek-projek dan selepas itu ambil rasuah dan ‘suap’ pengundi.

Menampar air didulang akhirnya terpercik ke muka sendiri.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker