HSR boleh diteruskan asal tidak dibiayai kerajaan – Loke

HSR boleh diteruskan asal tidak dibiayai kerajaan – Loke

Kerajaan perpaduan terbuka untuk menghidupkan kembali Projek Landasan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapur asalkan ia tidak dibiayai oleh Putrajaya, kata Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook.

Loke berkata, Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah mengarahkan beliau membincangkan perkara itu. Kementerian Pengangkutan terbuka untuk menerima cadangan daripada sektor swasta, tambahnya.



“Perdana menteri berkata, kita terbuka kepada sebarang cadangan, asalkan ia pelaburan swasta. Oleh itu, belum ada keputusan untuk menghidupkan kembali HSR, tetapi kami tidak menghentikannya.

“Belum ada cadangan muktamad. Tiada garis masa kerana perjanjian dua hala dengan Singapura telah ditamatkan oleh kerajaan terdahulu.

“Tidak ada keperluan mendesak untuk mencapai sebarang peringkat, oleh itu, kita terbuka kepada mana-mana mekanisme atau model,” katanya kepada pemberita selepas satu majlis di sini.

BERITA LANJUT MENYUSUL



HSR boleh diteruskan asal tidak dibiayai kerajaan – Loke

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Musa Hassan beri amaran jangan masuk campur urusan keluarga [VIDEO]



Logo rahsia beruang pada coklat Toblerone

Didakwa gigit ‘kemaluan wanita’, anak billionair dipanggil polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker