Malu betul Presiden dan timbalan kekal berkuasa kerana ehsan menteri PKR – Khairy

Malu betul Presiden dan timbalan kekal berkuasa kerana ehsan menteri PKR – Khairy

Bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini mengecam presiden dan timbalan presiden Umno susulan ‘pengecualian’ yang diberikan kerajaan terhadap parti itu berhubung pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966.

Dalam sebuah klip video, Khairy berkata keputusan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail untuk menggunakan Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 menunjukkan bahawa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) sememangnya memutuskan bahawa keputusan Umno untuk tidak mempertandingkan pemilihan presiden dan timbalan presiden adalah tidak sah.

Dia berkata bahawa surat yang dikatakan daripada ROS kepada Umno bertarikh 2 Mac itu membuktikan lagi dakwaan berkenaan.

Perhimpunan Agung Umno pada 13 Jan lepas meluluskan usul untuk menghalang jawatan presiden dan timbalan presiden parti daripada dipertandingkan.

Setiausaha agung parti itu, Ahmad Maslan kemudiannya berhujah bahawa ia tidak menyalahi undang-undang kerana sudah ada duluan.

Khairy, yang dipecat daripada Umno pada 28 Jan, berhujah bahawa Fasal 9.3 Perlembagaan Umno dengan jelas menyatakan bahawa semua jawatan parti perlu tertakluk kepada pemilihan dan ini dibuktikan dengan surat yang dikatakan daripada ROS.

“Hak anda untuk memilih presiden dan timbalan presiden telah dirompak oleh usul tak sah ini yang difailkan oleh perwakilan daripada bahagian (timbalan presiden) Mohamad Hasan.

“Dah lah malu buat usul untuk melindungi ketua sendiri, siap boleh langgar perlembagaan parti sendiri,” kata Khairy, dalam klip video tujuh minit itu.

Khairy menyifatkan Mohamad dan presiden parti Ahmad Zahid Hamidi sebagai “kasta yang tidak boleh disentuh”.

Khairy berkata terdapat hujah yang memihak kepada langkah Saifuddin untuk menggunakan Seksyen 70 Akta Pertubuhan kerana ia akan menghalang parti itu daripada dibatalkan pendaftarannya.

Khairy berkata hujah ini tidak boleh diguna pakai kerana surat yang dikatakan daripada ROS tidak menyatakan pembatalan pendaftaran dan sebaliknya meminta Umno melakukan “langkah pembetulan”.

“(Pimpinan) tidak mahu melakukan langkah pembetulan sebaliknya bergantung harap ehsan dari menteri dari PKR untuk halalkan tindakan yang tidak sah.

“Malu betul! Presiden dan timbalan tak dapat mandat daripada ahli tetap kekal berkuasa kerana ehsan daripada menteri PKR. Adakah ini rupa Umno ketika ini?” soal Khairy.

Mengenai dakwaan bahawa keputusan Saifuddin akan memastikan kestabilan politik, Khairy berkata hujah ini tidak sah kerana pengkritik Zahid dalam Umno juga berikrar menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Sayangnya, komitmen kita tidak sempat untuk diuji. Usul tidak sah untuk melindungi timbalan perdana menteri kesayangan anda dihalalkan juga.

“Maruah dan hak ahli Umno dibelakangkan. Sekarang, perlembagaan Umno pun tidak laku. Boleh menjadi bahan permainan demi serakah kuasa,” katanya. Mk

Malu betul Presiden dan timbalan kekal berkuasa kerana ehsan menteri PKR – Khairy

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Ingat LRT bapak kau punya”

A Aida takkan beri ‘job’ kepada Hafidz Roshdi

Syamsul enggan cerai Puteri Sarah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker