Calon pemilihan diingat usah terpengaruh kumpulan cuba gugat kerajaan – Zahid

Presiden Umno memberi peringatan kepada semua ahli termasuk yang bertanding pada pemilihan supaya tidak ada yang bertindak mendukung parti lain.

Calon pemilihan diingat usah terpengaruh kumpulan cuba gugat kerajaan – Zahid

Ahli termasuk calon bertanding dalam pemilihan parti, terutama bagi jawatan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno diingatkan agar tidak terpengaruh dengan kumpulan mahu menggugat kerajaan semasa.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau juga tidak mahu ada dalam kalangan calon pada pemilihan parti itu bertindak mendukung parti lain dan mengenepikan perjuangan Umno.



Katanya, beliau berharap mereka mencalonkan diri adalah terdiri daripada benar-benar komited untuk memperkasakan Umno di semua peringkat terutamanya nasional.

Berucap pada sesi pengenalan calon bertanding pemilihan Umno malam tadi, beliau berkata, calon juga diingatkan supaya patuh kepada peraturan kerana setakat ini, didapati ada calon hilang kelayakan sebelum tiba hari pemilihan.

Menurutnya Jawatankuasa Pemilihan mempunyai hak untuk membatalkan kemenangan, dan ahli Umno diharap memahami peraturan ditetapkan.

Sementara itu ketika ditemui pemberita, Ahmad Zahid berkata, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan telah menerima surat daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang memberikan keabsahan kepada Perhimpunan Agung Umno 2022 yang membawa usul jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan.



Beliau berkata, ia adalah kerana Pengerusi Tetap Umno Badruddin Amiruddin telah mengikuti semua peraturan termaktub dalam peraturan mesyuarat perhimpunan itu dan usul juga mengikut perlembagaan parti.

“Tugas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) adalah untuk menjaga kepentingan ahli mana-mana badan berdaftar dengannya, dan kepentingan ahli itu mengikut sebagaimana termaktub dalam perlembagaan.

“Maka dalam hal ini kuasa menteri adalah kuasa muktamad untuk menentukan keabsahan Perhimpunan Agung Umno 2022,” katanya.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata, KDN memutuskan untuk memberi pengecualian daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) kepada Umno berhubung keputusan usul tambahan tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi parti itu.



Saifuddin berkata, pihaknya telah merujuk kepada Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persidangan Umno mengenai usul tambahan itu dan memberi pengecualian berdasarkan Seksyen 70 Akta 832. FMT

Calon pemilihan diingat usah terpengaruh kumpulan cuba gugat kerajaan – Zahid

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



“Ingat LRT bapak kau punya”

A Aida takkan beri ‘job’ kepada Hafidz Roshdi



Syamsul enggan cerai Puteri Sarah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker