Mahu rasai pengalaman dikebumikan hidup-hidup, inilah tempatnya

MOSCOW – Sebuah syarikat di Russia menawarkan khidmat kepada pelanggan untuk mengambil bahagian dalam acara ‘pengebumian’ mereka sendiri dan merasai pengalaman dikebumikan hidup-hidup dengan bayaran AS$57,000 (RM270,066), lapor akhbar New York Post semalam.

Pengasas syarikat tersebut, Yakaterina Preobrazhenskaya mengumumkan tawaran itu awal minggu ini untuk membantu para pelanggannya menzahirkan ‘kebolehan psikik’ bagi menangani ‘ketakutan dan kebimbangan’ selepas pengebumian.

Ketika berkongsi mengenai tawaran itu dalam satu hantaran di Instagram, Preobrazhenskaya menyifatkan ia sebagai satu ‘simbol sebenar dengan berjuang untuk diri sendiri dan masa depan yang bahagia’.

Dua pakej telah ditawarkan kepada pelanggan termasuk ‘pengebumian online’ yang berharga AS$15,000 (RM71,070) sebagai ‘terapi tekanan untuk ketakutan dan kebimbangan’, dan ‘pengebumian penuh’ dengan menguburkan pelanggan sehingga satu jam.

Bagi pelanggan yang membiayai pakej ‘pengebumian penuh’, mereka turut disertakan dengan upacara keagamaan menyeluruh dan ‘kebangkitan semula’ yang sepatutnya memperbaharui ‘keinginan mereka untuk hidup’. – Agensi

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?

Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk

Jiran samseng undang kecaman warga maya [VIDEO]

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker