DAP Sarawak tolak untuk guna logo PH

DAP Sarawak akan terus menggunakan logo roketnya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) walaupun parti Pakatan Harapan (PH) yang lain menggunakan logo perikatan itu.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata, keputusan itu bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengundi di negeri itu, kerana mereka telah biasa dengan logo roket

“Saya rasa pengundi Sarawak telah biasa dengan logo roket, jadi saya tidak rasa akan ada sebarang kekeliruan,” katanya kepada media selepas pelancaran bilik operasi DAP Sibu di sini pada Ahad.

Sementara itu Chong berkata, DAP akan bertanding bagi mempertahankan enam kerusi di Sarawak yang telah mereka menang pada PRU14, dan cuba untuk memenangi lebih lagi

Kerusi-kerusi tersebut ialah Mas Gading, Bandar Kuching, Stampin, Lanang, Sibu dan Sarikei.

“Kami akan mempertahankan enam kerusi dan bertanding di dua lagi kerusi yang kami belum menangi iaitu Serian dan Bintulu,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 19 November sebagai tarikh mengundi, manakala penamaan pada 5 November dan pengundian awal pada 15 November. –

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?

Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk

Jiran samseng undang kecaman warga maya [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker