Ismail laksana pelbagai pembaharuan politik radikal sejak ambil alih pentadbiran – Khaled

Ismail laksana pelbagai pembaharuan politik radikal sejak ambil alih pentadbiran – Khaled

Keputusan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob melakukan beberapa perubahan radikal termasuk menghapuskan permit import (AP) bagi mengatasi masalah kecukupan makanan adalah langkah yang sangat berani.

Naib Presiden Umno, Khaled Nordin berkata, ia juga adalah langkah yang paling tepat bagi mengatasi segala masalah kecukupan makanan yang kita hadapi.



“Apalagi bila AP seperti suatu ‘sumpahan’ yang semua orang ingin menghindari dari menyentuhnya selama ini,” katanya di Facebook.

Untuk itu katanya, perdana menteri mesti diberi ruang untuk menguruskan negara dengan caranya tersendiri.

Katanya, memang benar rakyat gelisah dengan kenaikan harga barang dan inflasi yang meningkat.

“Ini bukan isu yang berlaku di Malaysia sahaja. Ia adalah fenomena global akibat dari ‘multifacated’ elemen yang di luar kawalan kerajaan. Kita mesti mengiktiraf keputusan Kerajaan dalam usaha memastikan kos sara hidup tidak begitu membebankan,” katanya.



Tambah Khaled lagi, bukanlah mudah untuk kerajaan memutuskan hampir RM80 billion dibelanjakan untuk membiayai subsidi pelbagai komoditi dan barangan keperluan rakyat bagi tahun ini.

“Ia hampir sepertiga dari perolehan negara. Jumlah yang sangat besar ini bermakna kita terpaksa mengorbankan banyak keperluan pembangunan yang sangat diperlukan,” katanya.

Kata Khaled lagi, semenjak Perdana Menteri Ismail Sabri mengambil alih pentadbiran, beberapa pembaharuan politik yang radikal juga telah beliau laksanakan.



Katanya, penting untuk rakyat menghargai kejayaan beliau membanteras kecurangan politik dengan lulusnya Tang Undang-undang Anti-Lompat Parti.

“Kejayaan ini sangat istimewa kerana setelah begitu lama, ia boleh diselesaikan dalam hanya setahun pentadbiran beliau.

“Sekarang kerajaan beliau sedang mempercepatkan RUU Pendanaan Politik. Semua ini adalah perkara yang tidak mungkin terjadi tanpa kemahuan politik dan kepimpinan yang fokus,” katanya.

Katanya, komitmen Ismail untuk memastikan laporan Jawatankuasa Khas Penyiasatan Tadbir Urus, Perolehan Kerajaan dan Kewangan mengenai perolehan enam kapal tempur pesisir (LCS) dinyahklasifikasikan dan didedahkan kepada umum wajar juga diberikan pengiktirafan.



“Kekadang, amat mudah untuk kita bersikap sinis dengan pemimpin kita. Namun janganlah sehingga menjadikan kita tidak lagi objektif dan gagal bersifat rasional.

“Sesungguhnya bukanlah mudah mengemudi negara dalam keadaan yang sangat mencabar sebegini. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul,” katanya. FMT

Ismail laksana pelbagai pembaharuan politik radikal sejak ambil alih pentadbiran – Khaled


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kapal Layar Mewah Milik Siapa Bernilai RM200 Juta? [VIDEO]

Tembelang Pengkid ‘Mohd Syahid’ Pecah



Ahli Parlimen Bersatu sedar tiada peluang untuk menang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker