Hafiz Mahamad tanggung 120 staf kerjakan umrah

Hafiz Mahamad tanggung 120 staf kerjakan umrah

Nama usahawan terkenal, Hafiz Mahamad tidak perlu diperkenalkan lagi dan pastinya ramai mengenali insan ini yang sering menghulurkan bantuan kepada orang ramai.

Terbaharu, Hafiz Mahamad telah berkongsi di Instagram miliknya dimana dia membuat kejutan kepada 120 stafnya dengan memberikan mereka pakej mengerjakan umrah.

Sebagai tanda menghargai kerja keras pekerjanya yang bersama-sama membangunkan perniagaannya maka dia telah mengajak pekerjanya yang baru atau lama berkhidmat bersama syarikatnya untuk mengerjakan umrah.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat pekerja Hafiz menangis kesyukuran kerana diberikan peluang untuk menunaikan umrah oleh Hafiz.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen memuji Hafiz kerana menghargai pekerjanya serta tumpang terharu melihat dirinya melayan pekerja dengan baik.

Tidak hanya itu, rata-rata netizen turut mendoakan agar perniagaan Hafiz dan isteri bertambah maju supaya dapat menghulurkan bantuan serta memberikan kebahagiaan kepada orang lain. Vc

Hafiz Mahamad tanggung 120 staf kerjakan umrah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kapal Layar Mewah Milik Siapa Bernilai RM200 Juta? [VIDEO]

Tembelang Pengkid ‘Mohd Syahid’ Pecah

Ahli Parlimen Bersatu sedar tiada peluang untuk menang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker