Dakwa peniaga jika status halal makanan diragui – Mufti

Dakwa peniaga jika status halal makanan diragui – Mufti

GEORGE TOWN – Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menggesa pihak berkuasa agama negeri ini mendakwa peniaga nasi ayam, itik di Sungai Ara ke mahkamah sekiranya status halalnya makanan dijual mereka diragui.

Jelas beliau, tindakan mengikut undang-undang perlu diambil terhadap peniaga terbabit kerana tindakannya itu sangat tidak wajar.

“Dia (peniaga) tipu masyarakat muslim yang bersangka baik kepada peniaga beragama Islam. Malah, pelanggan muslim semestinya memikirkan ayam itu tentu disembelih mengikut hukum syarak dan halal dimakan namun rupanya diambil dari kedai orang bukan Islam sekali gus besar kemungkinan tidak halal.

“Perbuatan sedemikian adalah berdosa kerana mengakibatkan orang Islam memakan ayam yang tidak halal ataupun sesuai dikatakan bangkai.

“Ini bertentangan dengan firman Allah dalam al-Quran yang mewajibkan umat Islam makan makanan yang halal dan memakan bangkai diharamkan menurut nas al-Quran,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Salim turut meluahkan rasa sedih susulan wujud segelintir masyarakat Melayu hari ini yang tidak peduli mengenai hukum yang ditetapkan dalam agama sendiri.

“Memang sedih dengar cerita macam ini, asal dapat untung apa sahaja boleh dilakukan tanpa memikirkan hukum agama.

“Saya harap pihak berkuasa agama di Pulau Pinang menyiasat kejadian ini dan jika didapati benar maka perlulah mereka yang terlibat dihadapkan segera ke mahkamah untuk diambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang,” tegasnya.

Terdahulu dilaporkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan peniaga nasi ayam, itik di Sungai Ara di sini mendapatkan bekalan daripada peniaga bukan Islam.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, bertindak atas maklumat pegawai dari Bahagian Halal JHEAIPP telah menjalankan siasatan berhubung isu tersebut.

Jelas beliau, berdasarkan maklumat awal pihaknya mendapati pemilik premis perniagaan itu merupakan rakan kongsi kepada pemilik premis bukan Islam yang menjalankan perniagaan sama. MG

Dakwa peniaga jika status halal makanan diragui – Mufti


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kapal Layar Mewah Milik Siapa Bernilai RM200 Juta? [VIDEO]

Tembelang Pengkid ‘Mohd Syahid’ Pecah

Ahli Parlimen Bersatu sedar tiada peluang untuk menang

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker