5 bilion orang akan mati jika perang nuklear Russia-AS berlaku

Ketiadaan cahaya matahari, penyejukan global dan kemungkinan sekatan perdagangan selepas perang nuklear merupakan malapetaka global. – AFP

WASHINGTON  –  Pelepasan jelaga ke stratosfera daripada ribut api yang terhasil akibat perang nuklear antara Amerika Syarikat (AS)  dan Russia akan menghalang cahaya matahari dan mengakibatkan lebih 5 bilion penduduk dunia mati kelaparan, demikian menurut satu kajian baharu seperti yang dilaporkan agensi berita United Press International (UPI).

Pasukan penyelidik  Universiti Rutgers menerbitkan  kajian mereka  dalam jurnal Nature Food kelmarin. Penyelidikan berkenaan  membentangkan senario yang mungkin berlaku sekiranya AS  dan Russia terlibat dalam perang nuklear berskala penuh selama seminggu.

“Perang antara AS, sekutunya dan Russia yang  mana kesemua pihak memiliki lebih 90 peratus senjata nuklear global,  boleh menghasilkan lebih 150 teragram jelaga dan musim sejuk nuklear,” demikian menurut kajian itu.

Teragram ialah unit ukuran bersamaan dengan 1 trilion gram, manakala model kajian menunjukkan pelepasan  jelaga ke atmosfera yang jumlahnya lebih besar daripada 5 teragram,  akan mengakibatkan kekurangan makanan secara  besar-besaran di hampir semua negara.



“Jelaga akan tersebar secara global dan menutupi bahagian atas atmosfera Bumi. Justeru, keputusan kajian kami adalah relevan  tanpa mengira negara mana yang berperang,”  kata kajian sama.

Dalam senario perang antara AS dan Russia, purata pengeluaran kalori global daripada tanaman akan berkurangan sekitar 90 peratus dalam tempoh empat tahun selepas perang berlaku. Selain itu, perang nuklear juga akan mengurangkan bekalan ikan global.

Penduduk  di kebanyakan negara akan mengambil kalori kurang daripada yang dibakar oleh badan. Ini akan mengakibatkan  lebih 5 bilion orang mati menjelang akhir tahun kedua.

Kajian itu mengandaikan bahawa perdagangan antarabangsa selepas perang nuklear akan terhenti dengan negara-negara di Benua Afrika dan rantau Asia Barat “terjejas teruk” akibat  penurunan dalam eksport makanan dunia.



“Ketiadaan cahaya matahari, penyejukan global dan kemungkinan sekatan perdagangan selepas perang nuklear merupakan  malapetaka global,” kata kajian itu.

Kajian sama  juga mewujudkan model untuk jumlah abu nuklear yang lebih kecil dalam senario seperti perang nuklear antara India dan Pakistan, di mana 2 bilion orang berisiko mati kelaparan.

Hasil kajian itu disiarkan di tengah-tengah perang Russia-Ukraine yang mencetuskan kebimbangan antarabangsa mengenai potensi berlakunya perang nuklear dan bencana radiasi menimpa loji janakuasa nuklear Zaporizhzhia. Loji di Ukraine itu adalah janakuasa nuklear terbesar di Eropah. – Agensi

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rider Tersangkut Semasa Tunjuk ‘Kung-Fu’ Di Hadapan Orang Ramai (Video)



Resepi Roti Boy Aroma Kopi Lemak Manis

Kereta F1 Ferrari dikesan diatas jalan raya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker