Netizen tuduh MUDA, Syed Saddiq hipokrit

Netizen tuduh MUDA, Syed Saddiq hipokrit

Parti MUDA menerima kecaman di media sosial selepas pemimpinnya menyertai Program Kepimpinan Razak cetusan idea Tan Sri Mohamed Nazir Razak iaitu adik kepada Datuk Seri Najib.

Gambar yang dikongsi oleh pengasas bersama parti MUDA, Lim Wei Jit di Twitter yang menampilkan pemimpin parti itu termasuk Syed Saddiq bersama-sama Nazir dianggap sebagai ‘menyampaikan’ mesej yang salah.

Ini kerana Nazir antara nama yang disebut sebagai penerima dana 1Malaysia Development Berhad iaitu syarikat yang dikaitkan dengan Najib.



“Kalau Najib Razak terima dana 1MDB dikira salah. Mengapa Nazir Razak diangkat sebagai pembaharuan pula?

Ini perangai MUDA. Mereka bukan melawan korupsi tetapi hanya melawan sosok,” dakwa aktivis Parti Sosialis Malaysia, Khalid Mohd. Ismath di Facebooknya.

Turut mengecam tindakan itu dalah pelukis grafik kontroversi Fahmi Reza yang memperlihatkan lakaran Syed Saddiq dalam dua situasi iaitu emosi marah dengan perkataan ‘Mat Sakau’ dan gembira dengan kapsyen ‘Adik Mat Sakau’.

Malah ada dalam kalangan pengikut Twitter Wei Jit mendakwa MUDA telah bertukar menjadi parti elit.



“Entah kenapa gambar ini sangat salah…,” kata ChirsX. “Muda sudah mula…….” sindir Halim. “Honored? Tak ada class muda,” kritik Asnii “Nak tengok macam mana muda nak justify,” kata mraz. “Sebagai ahli MUDA, saya terkejut bahawa ahli parti itu bergaul dengan ‘seorang Razak’. Dan kini kami semakin diejek oleh netizen kerana ini. Kecewa,” luah Arjun Raj. “Hak tuih sudah mula. Apa benda la sembang akhirnya sama jugak,” tulis Zairvl.

Pada 7 Oktober 2019 ketika era pemerintahan Pakatan Harapan, media melaporkan Nazir yang juga bekas Pengerusi CIMB Group Holdings Berhad dipercayai menerima RM25.7 juta daripada dana 1MDB.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika itu, Latheefa Koya mendedahkan perkara tersebut berkata, Nazir dipercayai individu yang paling banyak menerima wang daripada dana berkenaan.

Bagaimanapun sehingga kini Nazir tidak pernah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan itu. MG



Netizen tuduh MUDA, Syed Saddiq hipokrit


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rider Tersangkut Semasa Tunjuk ‘Kung-Fu’ Di Hadapan Orang Ramai (Video)

Resepi Roti Boy Aroma Kopi Lemak Manis

Kereta F1 Ferrari dikesan diatas jalan raya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker