Keadilan tergesa-gesa adalah keadilan yang dikuburkan – Tok Mat

Keadilan tergesa-gesa adalah keadilan yang dikuburkan – Tok Mat

UMNO menghormati maksim undang-undang bahawa keadilan yang ditangguhkan adalah keadilan yang dinafikan (justice delayed is justice denied).

Bagaimanapun keadilan yang dilaksanakan secara tergesa-gesa juga boleh membawa maksud menguburkan sebuah keadilan (justice hurried is justice buried).



Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, parti itu kecewa dan terkilan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan daripada peguam Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memasukkan bukti baharu.

Bagaimanapun, UMNO menghormati keputusan mahkamah yang menolak permohonan memasukkan beberapa keterangan bagi membuktikan wujud potensi berlakunya konflik kepentingan melibatkan Hakim Nazlan.

Mohamad menegaskan UMNO dan semua pihak di negara ini mahukan kebenaran dan keadilan diangkat dengan selayaknya. “Berbekalkan pendirian ini, UMNO berpandangan bahawa segala ruang dan peluang yang ada sepatutnya dipertimbangkan dan tidak diketepikan atas alasan teknikal.

“Terutamanya dalam kes besar seperti ini yang melibatkan pelbagai isu yang rumit, dokumen yang bertimbun-timbun, saksi yang ramai serta kewujudan ruang, potensi konflik kepentingan.



“Sekali pun UMNO bersetuju dan menghormati maksim undang-undang bahawa, justice delayed is justice denied, UMNO turut memandang berat penegasan maksim yang menyatakan bahawa justice hurried is justice buried,” kata Mohamad.

Dalam pada itu Mohamad menegaskan, keyakinan UMNO terhadap institusi kehakiman negara tidak pernah pudar. UMNO yakin dan percaya bahawa institusi kehakiman yang menjadi organ penting negara akan melunaskan tanggungjawab kepada tanahair dengan sebaik-baiknya.

“Kami memanjangkan sokongan dan doa yang tidak putus-putus kepada Dato Sri Najib. Semoga segalanya dipermudah dan kebenaran serta keadilan akan tertegak,” kata Mohamad.

Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel lima hakim menolak permohonan peguam Najib. “Keadilan yang ditangguhkan dalam kes ini, bermakna keadilan telah dinafikan kepada orang tertuduh yang lain,” kata Tengku Maimun.



Mahkamah Persekutuan semalam menolak permohonan Najib memasukkan bukti tambahan membabitkan Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali menerusi rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Permohonan pasukan peguam baharu Najib Razak yang minta diberi masa untuk membuat persiapan bagi rayuan kes SRC International turut ditolak. MG

Keadilan tergesa-gesa adalah keadilan yang dikuburkan – Tok Mat


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kau ingat gelek dalam khalayak itu dapat pahalakah? – Ahmad Dasuki

Jeslina Hashim dikecam tayang punggung



Polis Tunjuk ‘Thumbs Up’ Kepada Pemandu Lori Bantu Halang MPV (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker