Amirudin tanya Pemuda PAS, teringat pada ‘ex’ ke?

Amirudin tanya Pemuda PAS, teringat pada ‘ex’ ke?

PKR Pahang menunjukkan sikap tidak berminat menyambut ajakan Pemuda PAS agar mereka bekerjasama menjatuhkan kerajaan Pahang yang kini diterajui Umno.

Pengerusi PKR Pahang Amirudin Shari sebaliknya berkata mereka menyeru penyokong PAS di negeri itulah yang perlu bersama Pakatan Harapan (PH) untuk menjatuhkan Umno-BN.



Bagaimanapun jawapan spontan dan nakal menteri besar Selangor itu lebih menarik perhatian.

Mengulas ajakan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Fadhli Shaari, Amirudin memberikan jawapan: “Aikkk, teringat kat ex (bekas kekasih) ke?”

Untuk rekod selain dilantik sebagai pengerusi PKR Pahang, Amirudin ialah naib presiden baru PKR yang memenangi jawatan tersebut dalam pemilihan parti baru-baru ini.

Terdahulu, PAS secara terbuka mula dilihat memulakan langkah untuk menawan Pahang selepas berjaya menguasai Kelantan dan Terengganu melalui pilihan raya umum (PRU) lalu, selain Kedah selepas Langkah Sheraton.



‘Gerakan’ tersebut dizahirkan melalui kenyataan Ahmad Fadhli yang melihat potensi untuk parti itu menguasai negeri di Pantai Timur.

Ahmad Fadhli dalam satu hantaran di Facebooknya berkata, partinya itu berpotensi menawan negeri Darul Makmur itu jika kena pada kaedah dan pendekatannya.

Malah dalam usaha menawan Pahang itu, dia menyeru supaya penyokong-penyokong PH supaya berfikir sejenak untuk melihat betapa pentingnya mengubah kepimpinan negeri terbabit.

“Hari ini PAS menang lapan kerusi dewan undangan negeri (DUN) daripada 42 kerusi Pahang dalam PRU ke-14. BN (menang) 25 kerusi manakala PH sembilan kerusi.



“Dalam PRU yang akan datang jika penyokong-penyokong PH dapat berfikir sejenak betapa pentingnya mengubah kepimpinan Pahang, insya-Allah PAS ada peluang untuk menang atau setidak-tidaknya menjadi pemegang ‘syer’ paling besar dalam pembentukan kerajaan Pahang,” katanya. Mk

Amirudin tanya Pemuda PAS, teringat pada ‘ex’ ke?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Rider Tersangkut Semasa Tunjuk ‘Kung-Fu’ Di Hadapan Orang Ramai (Video)

Resepi Roti Boy Aroma Kopi Lemak Manis



Kereta F1 Ferrari dikesan diatas jalan raya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker