Penguatkuasa MDTM cedera dipukul 2 lelaki

Penguatkuasa MDTM cedera dipukul 2 lelaki

Tanah Merah: Seorang penguat kuasa Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) cedera di kepala akibat dipukul dua lelaki jam 12.30 tengah malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tanah Merah Deputi Superintendan Mohd Razi Rosli berkata, terdahulu, mangsa yang berusia 48 tahun ditahan di Jalan Pasir Mas-Tanah Merah oleh dua lelaki yang menaiki sebuah kereta.



“Mangsa ketika itu menunggang motosikal untuk pulang ke rumahnya sebelum ditahan lelaki tidak dikenali.

“Dua suspek keluar daripada kereta dan terus memukul mangsa di kepala sebelah kiri dan badan. Mangsa dapat melarikan diri dan membuat laporan di Balai Polis Tanah Merah,” katanya dihubungi hari ini.

Mohd Rozi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 / 506 Kanun Keseksaan dan pihaknya masih mengenal-pasti motif serta identiti suspek. HM

Penguatkuasa MDTM cedera dipukul 2 lelaki




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rider Tersangkut Semasa Tunjuk ‘Kung-Fu’ Di Hadapan Orang Ramai (Video)



Resepi Roti Boy Aroma Kopi Lemak Manis

Kereta F1 Ferrari dikesan diatas jalan raya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker