Pemain pertahanan Manchester City didakwa perkosa 7 wanita

LONDON – Pemain pertahanan kelab bola sepak Manchester City, Benjamin Mendy didakwa mengurung beberapa wanita di dalam bilik tidurnya selepas memperkosa mangsa, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Pemain bola sepak berusia 28 tahun itu dituduh merogol dan melakukan keganasan seksual terhadap tujuh wanita berbeza dalam lima kejadian berlainan  di kediamannya di Cheshire antara Oktober 2018 hingga Ogos tahun lalu.

Pendakwa raya Timothy Cray QC memberitahu juri bahawa dua mangsa mendakwa telah dibawa ke beberapa bilik berkunci di banglo Mendy yang dikenali sebagai The Spinney sebelum dirogol.

Rakaman di rumah pemain bola sepak itu menunjukkan terdapat kunci-kunci rumit yang hanya boleh dibuka dari bahagian dalam bilik serta direka untuk menghalang pencuri daripada memecah masuk.

“Di dalam bilik tidur utama dan pejabat, terdapat beberapa kunci khas yang bertujuan untuk mewujudkan bilik panik (perlindungan) sekiranya dimasuki pencuri.

“Seseorang tidak boleh masuk dari luar dan hanya boleh dibuka dari bahagian dalam, cuma anda perlu tahu bagaimana untuk membuka kunci tersebut.

“Saksi-saksi berkata, mereka terkunci dari bahagian dalam apabila dibawa ke situ oleh Mendy,” kata Cray.

Mendy menafikan enam tuduhan rogol, satu tuduhan serangan seksual dan satu tuduhan cubaan merogol.

Turut didakwa dalam perbicaraan kes tersebut ialah seorang rakannya, Louis Saha Matturie, 41, yang dikatakan membantu mencari mangsa buat pemain dari Perancis itu.

Sementara itu, Cray berkata, kekayaan dan status Mendy membolehkan pemain itu menerima bantuan pihak lain untuk menyediakan apa yang dia perlukan.

“Ini merupakan satu lagi kisah yang sering berlaku, di mana lelaki memperkosa wanita dan melakukan serangan seksual kerana mereka tahu mereka berkuasa serta boleh terlepas daripada hukuman,” tegasnya.

Perbicaraan kes itu masih bersambung. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rider Tersangkut Semasa Tunjuk ‘Kung-Fu’ Di Hadapan Orang Ramai (Video)

Resepi Roti Boy Aroma Kopi Lemak Manis

Kereta F1 Ferrari dikesan diatas jalan raya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker