Anak perempuan The Rock penyambung legasinya dalam WWE

Anak perempuan The Rock penyambung legasinya dalam WWE

Anak legenda gusti The Rock, Simone Johnson mendedahkan akan menggunakan nama Ava Raine dalam usahanya menjadi ahli gusti generasi keempat yang pertama bertanding dalam saingan WWE.

Johnson, 20, mendedahkan nama baharunya itu dalam Instastory dengan memuatnaik gambar yang berlatar belakang hitam dengan tulisan Ava Raine.



Dia juga membalas kritikan kerana mengenepikan nama keluarganya dalam Tiwtter dengan menulis: “Saya mungkin seperti satu rekod yang pecah dan berharap, ini adalah yang kali terakhir saya menyatakannya.

“Namun saya tidak faham kenapa orang ramai menggambarkannya sebagai perpecahan daripada nama keluarga dan ia adalah satu topik yang panas. Nama tidak mencemarkan sebarang pencapaian terdahulu daripada mana-mana keluarga.

“(Saya) boleh membina keseluruhan karier saya di sekeliling ayah saya dan orang ramai mungkin masih akan tetap mengecam saya,” katanya yang dilamar penganjur pada Februari 2020 dan segera memulakan latihan di Pusat Persembahan WWE di Florida.

Johnson bakal menjadi penyambung generasi selepas moyangnya Peter Maiva atau dikenali sebagai ‘High Chief’; datuknya, Rocky Johnson dan bapanya, Dwayne Johnson atau dikenali sebagai The Rock bersaing dalam WWE.



Sementara itu, Ther Rock teruja apabila anaknya itu mahu mengikut jejak langkah keluarganya.

“Dia menandatangani kontrak bersama WWE dan kamu tahu ia mengejutkan saya. Pertama sekali, tentunya ia satu penghargaan apabila anak saya mahu mengikut jejak langkah saya.

“Namun apa yang lebih penting, mengikuti jejak langkah saya kelihatan agak biasa namun dia sebenarnya mahu mencipta dan mencari jejak langkahnya sendiri, itu adalah yang paling penting,” kata The Rock yang kini berusia 50 tahun. HM

Anak perempuan The Rock penyambung legasinya dalam WWE




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Neil Armstrong Jejak Kaki Ke Bulan ‘Dibuktikan’ Hanyalah Sebuah Rakaman



Guru lesap selepas disyaki rogol 2 pelajar di Sarawak

Berdakwah jangan pilih bulu – Ifa Raziah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker