Umno tak beri pimpinan negeri autonomi kerjasama dengan PAS, Bersatu

Umno tak beri pimpinan negeri autonomi kerjasama dengan PAS, Bersatu

Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan berkata, parti itu tidak akan memberi autonomi kepada kepimpinan negeri dan bahagian untuk bekerjasama de­ngan PAS dan Bersatu.

Se­baliknya, beliau berkata, semua pihak perlu me­rujuk keputusan Perhimpunan Agung Umno pada Mac lalu untuk Barisan Nasional (BN) bertanding solo dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).



Katanya, keputusan itu merangkumi keseluruhan negeri, termasuk Selangor yang me­minta kuasa autonomi diberikan dalam usaha menewaskan Pakatan Harapan pada PRU15.

“Setakat ini, kami berpegang kepada keputusan perhimpunan agung Mac lalu. Keputusan itu adalah untuk keseluruhan dan tidak ada pengecualian. Keputusan itu belum diubah dan ia adalah keputusan ter­tinggi.

“Dalam perhimpunan itu tidak menyebut pengecualian di beberapa negeri,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Terdahulu, Umno Sela­ngor dilaporkan berharap pucuk pimpinan tertinggi parti memberi autonomi untuk meneruskan kerjasama dengan PAS menerusi Muafakat Nasional.



Ketua Umno Se­langor, Noh Omar dilaporkan berkata, kerjasama antara Umno dan PAS negeri itu disifatkan sangat baik dan dilihat lebih berkesan.

Begitu juga dengan beberapa negeri lain yang dilihat turut meneruskan kerjasama antara tiga parti, termasuk Pulau Pinang.

Ditanya keyakinan untuk menang di beberapa negeri, khususnya Selangor, Ahmad berkata, Melaka dan Johor menjadi contoh, rakyat kembali menerima BN.

“Jadi, saya harap kemenangan itu boleh diberikan di Selangor serta beberapa negeri lain.” FMT



Umno tak beri pimpinan negeri autonomi kerjasama dengan PAS, Bersatu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Neil Armstrong Jejak Kaki Ke Bulan ‘Dibuktikan’ Hanyalah Sebuah Rakaman



Guru lesap selepas disyaki rogol 2 pelajar di Sarawak

Berdakwah jangan pilih bulu – Ifa Raziah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker