Peniaga nasi ayam & itik viral berdosa perlu bertaubat dan mohon maaf – Mufti

GEORGE TOWN – Tindakan pemilik dan peniaga Muslim di gerai nasi ayam dan itik di Sungai Ara di sini yang didakwa mengambil bekalan makanan itu dari sebuah premis bukan Islam disifatkan sebagai perbuatan berdosa sekiranya benar-benar dilakukan mereka.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, pihak berkenaan seharusnya segera bertaubat kepada Allah S.W.T sekiranya wujud penipuan dalam perniagaan tersebut.

“Sudah tentu mereka berdosa. Mereka kena bertaubatlah kepada Allah Taala dan memohon maaf kepada orang ramai kerana telah menipu mereka,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.



Menjawab persoalan tentang keraguan pelanggan sama ada perlu disamak atau sebagainya, beliau memberitahu, ayam yang tidak disembelih itu bukannya najis sebaliknya hanya haram apabila dimakan.

“Tak payahlah nak samak. Pe­langgan hanya perlu berhenti daripada membeli nasi ayam daripada peniaga terbabit sehingga dipastikan ayam yang dijual adalah halal,” tegasnya.

Kelmarin, Kosmo! melaporkan kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengarahkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menjalankan siasatan mendalam susulan dakwaan peniaga Muslim di Sungai Ara mengambil bekalan ayam dan itik mentah di kedai peniaga bukan Islam.

Sementara itu, Ahli Majlis Perun­ding Penjaja dan Peniaga Pulau Pinang,  Sophian Mohd. Zain me­minta Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan kes membabitkan tindakan pemilik dan peniaga Muslim gerai nasi ayam dan itik di Sungai Ara, di sini yang didakwa mengambil bekalan dari sebuah premis bukan Islam.



Menurutnya, PDRM perlu membantu menyiasat sama ada kes itu membabitkan peni­puan awam atau terdapat unsur ­khianat.

“Perkara ini tak sepatutnya berlaku. Peniaga terbabit disyaki telah cuba memperdaya pengguna Muslim dengan menjual makanan yang diambil dari kedai bukan Islam.

“Sepatutnya pengusaha termasuk peniaga dan pekerja terbabit dikenakan tindakan tegas serta setimpal dengan apa yang dilakukan kerana telah menyebabkan ramai pelanggan Islam terperdaya selain marah dengan tindakan mereka,” kata­nya selain menambah satu laporan telah dibuat di Balai Polis Bayan Baru, Bayan Lepas pada Selasa lalu.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Neil Armstrong Jejak Kaki Ke Bulan ‘Dibuktikan’ Hanyalah Sebuah Rakaman



Guru lesap selepas disyaki rogol 2 pelajar di Sarawak

Berdakwah jangan pilih bulu – Ifa Raziah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker