Alhamdulillah, isteriku sudah bertudung – Sonny Bill

Alhamdulillah, isteriku sudah bertudung – Sonny Bill

London: Sonny Bill Williams mengakui keputusan isterinya, Alana menutup aurat dengan bertudung adalah detik paling manis dalam hidupnya.

Bekas bintang ragbi berusia 37 tahun itu menjalani kehidupan lebih bahagia dan bermakna selepas memeluk agama Islam berbanding ketika zaman mudanya yang gemar berfoya-foya dengan wanita.

Dia bertemu Alana Raffie di kedai runcit pada 2013 dan pasangan itu berkahwin hanya empat minggu kemudian selepas dia menjadi Muslim dan Sonny berkata isterinya sentiasa mahu dia menjadi suami terbaik.



Kelmarin, bekas legenda All Blacks itu berkongsi foto Alana yang sudah bertudung dengan dikelilingi anak-anak mereka.

“Isteriku sudah berhijab!’ katanya kepada 914,000 pengikut di media sosial. “Alhamdullilah isteri saya buat keputusan memakai tudung, antara detik paling manis dan membanggakan dalam kehidupan saya.

“Apa yang menjadikan ia lebih istimewa ialah dia melakukannya semata-maa kerana Allah SWT dan bukan kerana orang lain. Semoga isteriku sentiasa dirahmati, diberi kesihatan yang baik dan kegembiraan.” HM

Alhamdulillah, isteriku sudah bertudung – Sonny Bill




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Neil Armstrong Jejak Kaki Ke Bulan ‘Dibuktikan’ Hanyalah Sebuah Rakaman

Guru lesap selepas disyaki rogol 2 pelajar di Sarawak

Berdakwah jangan pilih bulu – Ifa Raziah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker