Sekarang paling sesuai buat PRU, bukan pemilihan Umno – Tok Mat

Sekarang paling sesuai buat PRU, bukan pemilihan Umno – Tok Mat

Sekarang adalah masa paling sesuai untuk mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU15), bukan pemilihan Umno, kata Mohamad Hasan.

Timbalan presiden Umno itu berkata, sekiranya diadakan pemilihan Umno ketika ini akan berlaku perpecahan dan perebutan kuasa.

“Kita tidak mahu parti berpecah-pecah. Perebutan kuasa kalau diadakan pemilihan sebelum PRU. Bayangkan selepas buat pemilihan, ramai pemuda cukup umur kalah di peringkat cawangan.

“Kita akan kelam-kabut dan tidak ada masa siapkan jentera. Ini satu keadaan membunuh diri,” katanya pada sidang media selepas majlis Wacana Aspirasi Umno di Menara Dato Onn.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tok Mat menjelaskan pihaknya tidak mahu memberi tekanan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk mengadakan PRU.

Beliau percaya, Ismail mempunyai pertimbangannya untuk menentukan tarikh sesuai diadakan PRU.

“Dia (Ismail) ada pertimbangan atau mungkin tunggu sehingga MoU dengan pembangkang habis pada 31 Julai ini. Kita akan tunggu sehingga 31 Julai. Lepas itu baru bincang,” katanya.

Debat Najib-Anwar

Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata, beliau juga tidak sabar untuk mendengar debat antara bekas perdana menteri Najib Razak dan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang akan diadakan esok.

“Saya pun nak dengar. Saya tak boleh nasihat mereka, lantak dia orang nak cakap apa. Masing-masing ada idea,” katanya.

Sementara itu Mohamad berkata, cadangan veteran Umno supaya Muafakat Nasional (MN) dibubarkan secara rasmi akan dibincangkan oleh parti itu terlebih dahulu.

“Nasihat saya biar parti buat keputusan. Kepimpinan macam presiden (Ahmad Zahid Hamidi) sudah beri pandangan.

“Kita akan bincang dalam mesyuarat Biro Politik mengenai (MN). Kita akan bincang dalam Majlis Kerja Tertinggi, pandangan dan nasihat. Apa dicakapkan oleh presiden parti dan juga pandangan lain. Ini jadi keputusan parti,” katanya. FMT

Sekarang paling sesuai buat PRU, bukan pemilihan Umno – Tok Mat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Intan Najuwa calon menantu ‘limited edition’

Janna Nick persetan netizen

Mimy Fly terkilan teman lelaki dipanggil negro

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker