Aktres Iraq saman akhbar guna gambar artikel wanita gemuk

Aktres Iraq saman akhbar guna gambar artikel wanita gemuk

Seorang pelakon wanita Iraq menyaman akhbar The Economist yang beribu pejabat di London kerana menggunakan gambarnya dalam satu artikel yang mendakwa bahawa wanita Arab adalah lebih gemuk berbanding kaum lelakinya, lapor Badan Penyiaran Britain semalam.

Enas Taleb berkata, imej itu digunakan di luar konteks dan tanpa kebenaran, malah melanggar privasinya. Dia mendakwa bahawa gambarnya telah disunting menggunakan teknik ‘photoshop’.

Pelakon dan pengacara program bual bicara popular itu memberitahu, dia telah memulakan tindakan undang-undang di Britain.

Setakat ini, akhbar The Economist belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai dakwaan Enas.

Artikel bertajuk Why Women Are Fatter Than Men in the Arab World itu diterbitkan akhir Julai 2022. Ia menggunakan gambar Enas yang dirakam sembilan bulan lalu pada Pesta Antarabangsa Babylon di Iraq.

Menurut artikel berkenaan, kemiskinan dan sentimen masyarakat bahawa peranan wanita terhad kepada suri rumah tangga menjadi antara punca mengapa lebih ramai wanita Arab mengalami berat badan berlebihan berbanding lelakinya.

Artikel sama menyatakan, lelaki Arab juga meminati wanita berisi seperti Enas dan menganggap bentuk tubuh sedemikian sebagai kecantikan yang ideal.

Enas bagaimanapun melabelkan artikel itu sebagai penghinaan terhadap wanita Arab secara amnya dan wanita Iraq khususnya.

Dia turut melontarkan persoalan mengapa akhbar itu menaruh minat kepada wanita gemuk di dunia Arab dan bukan di Eropah atau Amerika Syarikat.

Bercakap kepada stesen televisyen al-Arabiya, Enas turut berkata, dia pernah berdepan serangan buli siber di media sosial.

Dia juga memberitahu majalah New Lines bahawa dia sihat dan gembira dengan penampilannya serta tidak memerlukan mana-mana pihak sebagai ‘pengadil’.

“Saya sihat dan gembira dengan diri saya sekarang, itu sahaja yang penting.

“The Economist memulakan ‘perang’ dengan orang yang salah kerana saya tidak akan berdiam diri,” tegas Enas. K Online

Aktres Iraq saman akhbar guna gambar artikel wanita gemuk


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Darlene tular dipeluk dua lelaki kini bekerja di dapur, kaunter

Iman Troye lupa diri?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker