Amyra Rosli kena tahan di wad

Amyra Rosli kena tahan di wad

Pelakon, Amyra Rosli yang dimasukkan ke pusat perubatan, di sini, kelmarin masih dirawat di situ selepas doktor mengesahkan dia mengalami jangkitan dalam darah.

Suaminya yang juga pelakon, Amar Baharin berkata, doktor kini perlu memantau situasi kesihatannya.

“Kelmarin, selepas suhu badannya tetap tinggi dan dia pun sangat lemah, saya bawa Amyra ke hospital dan ditahan untuk pemeriksaan lanjut.

“Setakat ini, doktor memaklumkan ada jangkitan dalam darah dan sebab itu dia perlu ditahan lagi,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Amar, doktor menasihatkan supaya isterinya berehat di hospital sekurang-kurangnya seminggu.

“Kalau ikutkan Amyra, dia nak keluar cepat sebab dia sekarang sedang menjalani penggambaran drama bersiri Jangan Menangis Cinta. Jadi, dia serba-salah sebab penggambaran membabitkan ramai orang termasuklah akan memberi kesan kepada jadual kerja artis-artis lain.

“Namun, doktor nasihatkan untuk berehat sekurang-kurangnya seminggu di hospital kerana keadaan kesihatannya perlu dipantau,” katanya. HM

Amyra Rosli kena tahan di wad


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Abu Syafiq minta Idris siasat Tuan Ibrahim dulu

Kau Sorok Celah *** Mak Kau Ke? – Diva AA Bengang Nasi Lemak KFC Tiada Ikan Bilis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker