Bossku cabar Abahkau debat isu Felda, boleh bawa Azmin sebagai ‘back up’

Selepas menerima cabaran berdebat daripada Mohamed Azmin Ali, bekas perdana menteri Najib Razak mengemukakan cabaran untuk berdepan dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin berhubung isu Felda.

Dalam satu hantaran di Facebooknya, Najib berkata tidak mungkin dia mahu menghancurkan Felda sedangkan penubuhan tanah rancangan itu adalah idea ayahandanya, Abdul Razak Hussein.

Secara sinis kata Najib, Mohamed Azmin yang juga ketua penerangan PN boleh membantu bosnya ketika sesi perdebatan.

“Saya tiada masalah debat berkenaan Felda tetapi saya tak nak debat Azmin sahaja sebab saya bimbang di atas pentas saya tak nampak mukanya sebab kurang HD.

“Saya amat mengalu-alukan untuk debat boss dia Muhyiddin. Azmin boleh bantu dia jika dia semasa debat.

“Tiada masalah, seorang lawan dua orang mereka sebab fakta adalah fakta dan fakta serta kebenaran akhirnya akan menang,” tulis Najib.

Terdahulu Mohamed Azmin ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mencabar bekas Najib berdebat isu berkenaan pada Ahad lalu.

Mohamed Azmin mendakwa, Felda telah dimusnahkan ketika zaman pentadbiran Ahli Parlimen Pekan itu dan dia mempunyai fakta bagaimana pembelian banyak hartanah di luar negara seperti di Kensington, Sarawak dan sebagainya.

“Itu masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis. Kertas Putih itu telah pun membuktikan bahawa pengkhianatan terhadap peneroka Felda,” dakwa Mohamed Azmin.

Mengulas lanjut, Najib turut mengemukakan enam soalan bocor kepada Muhyiddin dan Mohamed Azmin.

“Nombor satu, adakah masalah terbesar Felda masa saya jadi PM ialah lebih 50 peratus daripada pokok sawit Felda dalam kategori terlalu tua manakala ramai peneroka sudah mula lanjut usia tetapi generasi kedua dan ketiga kurang berminat untuk mengambil alih?

“Dan jika kita tidak menyelesaikan kedua-dua masalah besar ini dengan penyenarain FGV, Felda mungkin tidak akan wujud lagi?,” katanya.

Perkara kedua, menurut Najib, adakah kerajaan BN dulu amat bersedia untuk menyalurkan peruntukan dan dana bagi Felda supaya kesejahteraan hidup peneroka sentiasa dijamin sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri.

Ketiga, katanya adakah benar wujudnya “Put Option” dalam perjanjian pembelian syarikat sawit Indonesia Eagle High Plantations di mana Felda berhak menuntut penjual untuk membayar balik harga penjualan asal bersama faedah enam peratu setahun supaya tidak akan rugi dalam pembelian ini.

“Nombor empat, dari mana lagi kita mampu cari kawasan sawit baru dengan harga RM2,800 setiap ekar ataupun 6.5 sen setiap kaki persegi memandangkan syarikat Eagle High mempunyai jumlah keluasan tanah sebanyak 320,000 hektar?,” soal Najib.

Tambah Najib lagi, ini memandangkan Azmin dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) serta PN menjual berpuluh-puluh bilion aset negara yang dibina semasa dia menjadi perdana menteri.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin

Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker