Chelsea sah pecat Rosenior

Chelsea sah pecat Rosenior

Chelsea sah pecat Rosenior
LIAM Rosenior sah dipecat Chelsea. FOTO REUTERS

London: Chelsea memecat pengurus, Liam Rosenior selepas kurang daripada empat bulan mengemudi pasukan, susulan kekalahan 0-3 kepada Brighton & Hove Albion.

Rosenior dilantik oleh Chelsea pada 6 Januari lalu selepas pengunduran mengejut Enzo Maresca.

Jurulatih berusia 41 tahun itu menyertai The Blues dari kelab “adik” mereka, RC Strasbourg Alsace, dengan menandatangani kontrak lima tahun setengah serta pilihan lanjutan setahun lagi.

Namun walaupun kontrak jangka panjang ditandatangani, Chelsea tetap menamatkan khidmatnya selepas hanya 23 perlawanan, dengan Calum McFarlane dilantik sebagai pengendali sementara sehingga akhir musim.

“Chelsea hari ini telah berpisah dengan Ketua Jurulatih, Liam Rosenior,” menurut kenyataan kelab.

“Bagi pihak semua di Chelsea, kami ingin merakamkan penghargaan kepada Liam dan stafnya atas segala usaha sepanjang tempoh mereka bersama kelab.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Melaka Rintis Kampung Digital, Terjemah Keupayaan UMNO Realisasikan Pentadbiran


“Liam sentiasa menunjukkan integriti dan profesionalisme yang tinggi sejak dilantik di pertengahan musim.

“Keputusan ini tidak diambil secara mudah, namun keputusan dan prestasi kebelakangan ini berada di bawah standard yang diperlukan, sedangkan masih banyak yang perlu diperjuangkan musim ini.

“Semua di Chelsea mendoakan kejayaan Liam pada masa hadapan.

“Calum McFarlane akan mengambil alih sebagai ketua jurulatih semenara sehingga akhir musim dengan sokongan staf kejurulatihan sedia ada, ketika kami berusaha untuk layak ke pertandingan Eropah dan mara dalam Piala FA.

“Ketika kelab berusaha menstabilkan jawatan ketua jurulatih, kami akan menjalankan proses penilaian semula untuk membuat pelantikan jangka panjang yang tepat,” kata kenyataan itu lagi.

Chelsea sah pecat Rosenior

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Konflik AS–Iran Uji Ketahanan Malaysia – Ahmad Zahid

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker