City rampas takhta EPL selepas jinakkan Burnley

City rampas takhta EPL selepas jinakkan Burnley

City rampas takhta EPL selepas jinakkan Burnley
HAALAND muncul wira City apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan. -FOTO Reuters

Burnley: Manchester City memintas Arsenal di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mencatat kemenangan 1-0 di Turf Moor yang menyaksikan Burnley tersingkir, awal pagi tadi.

Kekalahan itu mengesahkan Clarets turun buat kali ketiga dalam tempoh lima musim, sekali gus beraksi di Liga Kejuaraan bersama Wolves musim depan.

Erling Haaland meledak gol tunggal perlawanan ketika anak buah Pep Guardiola menamatkan aksi selaku pendahulu liga buat kali pertama sejak Ogos, namun pengendali City itu jelas tidak berpuas hati dengan kegagalan pasukannya menang dengan jaringan lebih besar.

City kini mengatasi Gunners hanya menerusi kelebihan jumlah jaringan, dengan kedua-dua pencabar kejuaraan itu masih berbaki lima perlawanan.

Kami ada banyak peluang. Kami cipta banyak ruang. Kami tampil aksi yang cukup hebat. Kami lakukan segalanya selepas perlawanan sukar tiga hari lalu,” kata Guardiola.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Melaka Rintis Kampung Digital, Terjemah Keupayaan UMNO Realisasikan Pentadbiran


Namun, City dijangka berdepan laluan lebih mencabar di atas kertas ketika memburu gelaran liga ketujuh dalam tempoh sembilan tahun.

Segar dengan kemenangan 2-1 ke atas Arsenal dalam aksi yang dianggap penentu kejuaraan, pelawat memulakan perlawanan dengan agresif.

Aksi cemerlang Martin Dubravka menyelamatkan percubaan Rayan Cherki yang hampir menghasilkan gol apabila bola terkena palang.

Haaland kemudian memanfaatkan hantaran Jeremy Doku sebelum tenang menewaskan Dubravka seawal minit kelima.

City terus mengasak dengan beberapa percubaan jarak jauh, namun Guardiola dilihat berang apabila tempo permainan menurun ketika mereka cuba menambah jaringan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Ke-80: ‘Kesetiaan Ahli Jadi Simbol Kekuatan Perjuangan Parti’


Burnley hampir menyamakan kedudukan sebelum rehat, namun percubaan terbaik Zian Flemming tersasar.

Haaland turut terkena tiang selepas rehat, tetapi kegagalan City menambah jaringan menyebabkan perebutan kejuaraan kekal terbuka.

City rampas takhta EPL selepas jinakkan Burnley

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Konflik AS–Iran Uji Ketahanan Malaysia – Ahmad Zahid

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker