Chelsea pecat Rosenior selepas rekod terburuk sejak 1912
Chelsea pecat Rosenior selepas rekod terburuk sejak 1912

London: Chelsea memecat pengurusnya, Liam Rosenior selepas kurang empat bulan mengemudi pasukan itu, susulan lima kekalahan berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.
Tewas tujuh kali dalam lapan perlawanan terakhir semua pertandingan, Chelsea juga gagal meledak sebarang gol ketika mengalami lima kekalahan liga berturut-turut buat kali pertama sejak 1912.
Pengendali berusia 41 tahun itu dibawa dari Strasbourg pada Januari lalu selepas pemergian Enzo Maresca, kelab Perancis itu mempunyai kaitan dengan pemilik Amerika Chelsea.
Namun, kekalahan 0-3 kepada Brighton semalam yang disifatkan Rosenior sebagai “tidak boleh diterima” menjadi titik akhir buat pengurusan Blues.
“Kelab Bola Sepak Chelsea hari ini berpisah dengan ketua jurulatih Liam Rosenior.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perancangan Negeri Melaka Berpaksikan Kesejahteraan Rakyat – Ab Rauf
- UMNO 80 Tahun: Bangkit Semula Dengan Lebih Matang – Shah Zanuriman
- UMNO Bukit Gantang Tekad Dekati Rakyat, Perhebat Jentera Cawangan
UMNO Ke-80: ‘Kesetiaan Ahli Jadi Simbol Kekuatan Perjuangan Parti’
“Keputusan ini bukan dibuat dengan mudah, namun keputusan dan prestasi terkini berada di bawah tahap yang diperlukan ketika masih banyak perlawanan penting musim ini,” menurut kenyataan itu.
Pembantu Rosenior, Calum McFarlane akan mengambil alih tugas sebagai pengendali sementara hingga akhir musim, dengan perlawanan pertamanya adalah aksi separuh akhir Piala FA menentang Leeds United, Ahad ini.
Chelsea kini berada di tangga ketujuh EPL, ketinggalan tujuh mata daripada kelompok Liga Juara-Juara (UCL) dengan baki empat perlawanan musim ini.
Chelsea pecat Rosenior selepas rekod terburuk sejak 1912
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO 80 Tahun: Lambang Perjuangan, Pengorbanan … Perkukuh Kesatuan – Fairul Roslan
- Daftar Online Keahlian UMNO Terus Meningkat, Mohd Razlan Cadang Buka Ruang Pemerhati Cawangan
- SPU Buka Pengambilan Pelajar Baharu, Perkukuh Barisan Pemimpin Pelapis
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.