Mahkamah sahkan Neymar tidak bersalah
Mahkamah sahkan Neymar tidak bersalah

Barcelona: Mahkamah Agung Sepanyol mengesahkan pembebasan Neymar serta bekas presiden Barcelona daripada tuduhan rasuah berkaitan perpindahan bintang Brazil itu ke kelab Catalan berkenaan pada 2013, awal pagi tadi.
Firma pelaburan sukan Brazil, DIS memulakan tindakan undang-undang pada 2015 dengan mendakwa mereka mengalami kerugian dalam perpindahan itu kerana memiliki 40 peratus hak pemain ketika Neymar masih bersama Santos.
DIS mendakwa nilai sebenar perpindahan itu disembunyikan pihak terbabit dan mereka tidak dimaklumkan mengenai kewujudan kontrak eksklusif pada 2011 antara Neymar dan Barcelona.
Namun, mahkamah Sepanyol membebaskan semua tertuduh termasuk Neymar, ibu bapanya serta bekas presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu dan Sandro Rosell daripada tuduhan rasuah dan penipuan dalam perbicaraan berprofil tinggi pada 2022.
Kelab Santos, bekas presidennya Odilio Rodrigues Filho serta syarikat N&N yang diasaskan keluarga Neymar turut dibebaskan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perancangan Negeri Melaka Berpaksikan Kesejahteraan Rakyat – Ab Rauf
- UMNO 80 Tahun: Bangkit Semula Dengan Lebih Matang – Shah Zanuriman
- UMNO Bukit Gantang Tekad Dekati Rakyat, Perhebat Jentera Cawangan
UMNO Ke-80: ‘Kesetiaan Ahli Jadi Simbol Kekuatan Perjuangan Parti’
DIS mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu, namun Mahkamah Agung menyatakan “fakta yang dibuktikan menunjukkan pertuduhan itu tidak konsisten.”
“Tiada kesalahan rasuah dalam urusan perniagaan atau penipuan tidak wajar dilakukan sama ada oleh pemain, wakilnya atau Barcelona,” menurut kenyataan mahkamah.
Mahkamah turut menyatakan perpindahan itu berlaku atas keputusan sukan oleh kelab yang mahu memastikan tandatangan Neymar ketika beberapa kelab lain turut berminat mendapatkannya.
DIS menuntut pampasan 35 juta euro (RM175 juta) yang didakwa hilang.
Barcelona menjelaskan kos perpindahan itu adalah €57.1 juta (RM285 juta), dengan €40 juta (RM200 juta) dibayar kepada N&N dan €17.1 juta (RM85.5 juta) kepada Santos, termasuk €6.8 juta (RM34 juta) kepada DIS.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Terima Hampir 6,300 Permohonan Masuk Semula, Termasuk Hishammuddin Dan Khairy
- ‘Jangan Hampakan Harapan Rakyat Untuk Lihat UMNO Dominan Semula’
- UMNO Sabah Sambut Baik Penyerahan Projek Air RM4 Bilion, Selari Semangat Autonomi
Melaka Rintis Kampung Digital, Terjemah Keupayaan UMNO Realisasikan Pentadbiran
Pendakwa sebelum ini menuntut hukuman penjara dua tahun serta denda €10 juta (RM50 juta) terhadap Neymar, namun menggugurkan semua pertuduhan rasuah dan penipuan ke atas semua tertuduh.
Neymar, yang kini kembali menyarung jersi Santos, turut berdepan tuduhan penipuan cukai berkaitan perpindahan sama, namun kes itu berakhir pada 2016 apabila Barcelona membayar denda €5.5 juta (RM27.5 juta) kepada pihak pendakwa.
Mahkamah sahkan Neymar tidak bersalah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO 80 Tahun: Lambang Perjuangan, Pengorbanan … Perkukuh Kesatuan – Fairul Roslan
- Daftar Online Keahlian UMNO Terus Meningkat, Mohd Razlan Cadang Buka Ruang Pemerhati Cawangan
- SPU Buka Pengambilan Pelajar Baharu, Perkukuh Barisan Pemimpin Pelapis
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.