Beregu jadi taruhan Malaysia buru impak di Piala Thomas

Beregu jadi taruhan Malaysia buru impak di Piala Thomas

Beregu jadi taruhan Malaysia buru impak di Piala Thomas
Pemain beregu negara, Soh Wooi Yik ketika sesi latihan skuad badminton negara di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara, Kuala Lumpur. – Foto Raihana Mansor

Kuala Lumpur: Malaysia membawa misi jelas ke saingan Piala Thomas di Horsens kali ini apabila mempertaruhkan kekuatan beregu sebagai sandaran utama dalam memburu kemaraan ke peringkat lebih tinggi.

Diundi dalam Kumpulan B bersama kuasa besar seperti Jepun, laluan skuad negara dijangka tidak mudah, lebih-lebih lagi dengan perbezaan ketara kekuatan antara kedua-dua pasukan.

Jepun hadir dengan barisan seimbang, terutama dalam perseorangan yang diketuai Kodai Naraoka serta dibantu Yushi Tanaka dan Koki Watanabe, selain beregu berpengalaman Takuro Hoki-Yugo Kobayashi.

Malaysia pula tampil dengan identiti berbeza apabila memiliki antara barisan beregu paling mantap di kejohanan, namun masih dibayangi persoalan dalam acara perseorangan

Kecergasan Lee Zii Jia menjadi tumpuan utama, manakala Justin Hoh dan Leong Jun Hao perlu tampil lebih konsisten untuk memberi cabaran kepada lawan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Ke-80: ‘Kesetiaan Ahli Jadi Simbol Kekuatan Perjuangan Parti’


Pemain beregu utama negara, Soh Wooi Yik mengakui kekuatan pasukan terletak pada gandingan beregu yang kini berada pada tahap terbaik.

“Skuad beregu kami kuat dan itu adalah kekuatan utama pasukan. Kami perlu pastikan dapat sumbang mata penting,” katanya.

Wooi Yik bersama Aaron Chia dijangka mengetuai cabaran, disokong gandingan Man Wei Chong-Tee Kai Wun serta Goh Sze Fei-Nur Izzuddin yang semakin menunjukkan peningkatan.

Dalam format perlawanan yang memerlukan tiga mata untuk menentukan kemenangan, kelebihan pada bahagian beregu boleh menjadi faktor pemisah buat Malaysia.

Sebagai rekod, Malaysia adalah juara lima kali Piala Thomas, namun penantian sejak 1992 kini melebihi tiga dekad, sekali gus menambah motivasi skuad negara untuk kembali mencipta impak.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Melaka Rintis Kampung Digital, Terjemah Keupayaan UMNO Realisasikan Pentadbiran


Pencapaian meraih pingat gangsa pada edisi lalu di Chengdu memberi gambaran bahawa Malaysia masih mampu bersaing, terutama apabila beregu berada pada tahap terbaik.

“Di Chengdu, beregu bermain dengan baik dan hanya tewas dua perlawanan sepanjang kejohanan. Itu bukti kekuatan kami,” kata Wooi Yik.

Bagi kempen di Horsens, sasaran ke suku akhir dilihat realistik, namun cabaran sebenar bermula selepas itu apabila berdepan pasukan pilihan.

Segala- galanya kini bergantung kepada kemampuan perseorangan menyumbang sekurang-kurangnya satu mata, terutama dalam perlawanan sengit.

“Kami masih ada harapan dalam perseorangan. Kehadiran Zii Jia akan beri perbezaan kepada pasukan,” katanya.

Jika ramuan itu menjadi, Malaysia berpotensi muncul pasukan ‘underdog’ yang mampu mencuri perhatian dan menggugat pencabar utama di bumi Denmark.

Beregu jadi taruhan Malaysia buru impak di Piala Thomas

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Konflik AS–Iran Uji Ketahanan Malaysia – Ahmad Zahid

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker