Punca Suami Cabut Atap Rumah Selepas Bercerai Kerana Isteri Curang [VIDEO]

Sebaran :

Punca Suami Cabut Atap Rumah Selepas Bercerai Kerana Isteri Curang.

Isteri curang dengan lelaki lain dilaporkan punca seorang suami mencabut atap rumah mereka yang berdiri sejak 10 tahun lalu selepas kedua-duanya bercerai baru-baru ini, menurut laporan portal Merdeka.com

Insiden yang tular di media sosial itu berlaku di kabupaten Ponorogo, Jawa Timur.

Terbaharu, lelaki tersebut bertindak merobohkan rumah itu yang merupakan harta sepencarian dia dan bekas isterinya. Si suami mendapat tahu bahawa isterinya yang baru pulang daripada bekerja di Hong Kong selama enam bulan telah mengikut pemuda lain.

“Selepas pulang daripada bekerja di Hong Kong, ada lelaki lain menjemput wanita itu, bukan suaminya,” demikian kata Ginanjar yang merupakan salah seorang ahli keluarga si suami.

Ginanjar yang juga merupakan wakil keluarga si suami menambah, selepas bercerai, pasangan itu sepakat untuk mengambil beberapa bahagian rumah tersebut yang menjadi milik mereka.

Tanah kediaman itu adalah milik pihak wanita, manakala bahan yang digunakan untuk membina rumah mewah tersebut termasuk kayu dan atapnya di ambil semula oleh pihak lelaki.

“Saya sudah diberi surat pengadilan untuk merobohkan rumah ini. Ini merupakan keputusan kedua ibu bapa saya,” jelas si suami.

Penduduk sekitar juga turut membantu untuk merobohkan kediaman mewah itu termasuk pentadbiran desa yang membantu kedua-dua belah pihak untuk mencapai kata sepakat melibatkan harta sepencarian. – Agensi

Punca Suami Cabut Atap Rumah Selepas Bercerai Kerana Isteri Curang [VIDEO]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


 

Lagi Kes Curang: Isteri Dedah Perkara Sebenar, Aman Ra Sudah 4 Kali Lafaz Cerai Disebabkan ‘Orang Ketiga’


Sebaran :

Leave a Reply