Lagi Kes Curang: Isteri Dedah Perkara Sebenar, Aman Ra Sudah 4 Kali Lafaz Cerai Disebabkan ‘Orang Ketiga’

Penyanyi rap berkenaan dikatakan sudah lama tidak pulang ke rumah kerana berada di rumah wanita tersebut…

Pada 9 Februari 2021, media sosial digemparkan dengan berita mengenai penyanyi Rap terkenal, iaitu Aman Ra yang dikatakan curang dengan isterinya, Natiqah Rahmat.

Perkara itu didedahkan oleh isterinya sendiri menerusi laman Instagram miliknya @natiqahrahmat yang memuat naik beberapa IG stories mendedahkan kisah sebenar mengenai rumahtangga mereka yang berantakan disebabkan ‘orang ketiga’.



Status yang ditulis turut memberi bayangan mereka sudah lama mempunyai masalah rumah tangga.

Demikian kisah yang didedahkan oleh isteri beliau.



Dakwanya lagi, suami sudah empat kali melafazkan cerai gara-gara seorang wanita yang dikatakan kekasih suaminya. Malah, semasa berpantang, dia pernah merayu kepada suami supaya fokus kepada keluarga namun gagal.



Sementara itu, menurut akhbar Harian Metro, Aman Ra yang diwakili pegawai perhubungannya, Joe Saiful berkata, buat masa ini dia belum dapat memberikan sebarang komen terhadap segala pendedahan yang dibuat oleh isterinya.

Curangi isteri: Aman Ra diam 1,000 bahasa

Penyanyi rap Aman Ra yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita seperti didedahkan isterinya di Instagram Story memohon diberikan sedikit ruang.

Aman Ra yang diwakili pegawai perhubungannya, Joe Saiful berkata, buat masa ini dia belum dapat memberikan sebarang komen terhadap segala pendedahan yang dibuat wanita berkenaan sejak semalam. “Buat masa ini Aman Ra belum boleh memberikan sebarang komen berhubung isu yang sedang tular. Namun dia akan berkongsi kenyataan rasmi secepat mungkin. Dia juga memohon sedikit ruang kerana masalah yang berlaku ini adalah sesuatu yang besar serta membabitkan isu peribadi,” katanya.



Terdahulu seorang wanita dipercayai isteri kepada penyanyi rap itu tampil membuat pendedahan suaminya yang didakwa curang dengan wanita lain.

Menerusi beberapa hantaran di Instagram Story, wanita terbabit mendakwa rumah tangga mereka mula berantakan selepas mengetahui kecurangan suaminya.

Malah, dia juga mendakwa sudah menghalau suaminya dari rumah kerana tidak tahan dengan penipuan selama ini.

Lebih menyedihkan, wanita itu mendakwa suaminya sudah empat kali melafazkan cerai terhadapnya sebelum ini selain tergamak meninggalkan keluarga yang sedang sakit demi menjaga teman wanitanya.

Sehingga kini, wanita terbabit tidak mendedahkan identiti wanita yang didakwa menjalin hubungan sulit dengan suaminya.



Dia juga tidak mendedahkan status terkini rumah tangga mereka walaupun mendakwa suaminya sudah melafaz cerai sebanyak empat kali.

Sementara itu, cubaan Harian Metro menghubungi wanita berkenaan dengan menghantar mesej di ruangan mesej peribadi (DM) di Instagram tidak berjaya apabila dia tidak memberikan sebarang respon.-Harian Metro

Namun dia akan berkongsi kenyataan rasmi secepat mungkin dan juga memohon sedikit ruang kerana masalah yang berlaku ini adalah sesuatu yang besar serta membabitkan isu peribadi.

Apa pun sama-sama kita nantikan penjelasan dan kenyataan rasmi daripada penyanyi rap berkenaan.



Sumber: Instagram Natiqah Rahmat

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=lD7TXCwnRPI[/embedyt]

[VIDEO] Penyampai Radio Terkenal HOTFM Kantoi Curang Lagi, Isteri Terjah Rumah Skandal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker