Ibu kandung, bapa tiri arwah ‘Adik Amir’ akan didakwa esok

K

UALA LUMPUR – Ibu kandung dan bapa tiri kepada kanak-kanak berusia tujuh tahun yang ditemui lemas dalam tong air di Krubong, Melaka akan dihadapkan ke mahkamah Ayer Keroh esok.

Jenazah Allahyarham Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek, 7,  juga dipercayai menjadi mangsa penderaan pasangan tersebut pada hujung bulan lepas.

Ibu kanak-kanak yang berusia 32 tahun itu serta bapa tirinya ditahan dan direman sejak 30 Januari lalu.

Dalam satu kenyataan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, kedua-dua tertuduh akan dihadapkan ke mahkamah atas dua pertuduhan membunuh dan mendera kanak-kanak itu.

“Ketika ini kertas siasatan telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan kedua-dua suspek ini akan dituduh di Mahkamah Ayer Keroh pada esok.

“Mereka ini akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendera anak mereka ini,” katanya seperti dilaporkan media.

Kanak-kanak tersebut ditemui meninggal dunia di kediamannya di Taman Krubong Jaya, Paya Rumput, Jasin, Melaka dalam sebuah tong air berketinggian 60.9 sentimeter kira-kira jam 4 petang pada 29 Januari lepas.

Hasil siasatan polis mendapati, pemeriksaan fizikal terhadap mayat mangsa menemui kesan lebam dan kecederaan di beberapa anggota badan, sebelum mayat kanak-kanak itu.

Hasil bedah siasat semalam mendapati, banyak kesan lebam dan beberapa kecederaan lama serta baharu di badan kanak-kanak terbabit.

Selain itu, ada kesan luka kecil sepanjang tiga sentimeter di belakang kepala dipercayai baru berlaku terhadap mangsa

Leave a Reply