Bapa tiri warga asing cabul anak sejak usia 7 tahun ditangkap polis

Polis menahan seorang lelaki warga asing yang disyaki merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.

Suspek yang dipercayai bapa tiri kanak-kanak itu juga disyaki melakukan grooming sexual terhadap anak tirinya itu sejak lima tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kira-kira pukul 7 malam 10 September lalu, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya menerima laporan daripada seorang kanak-kanak perempuan warga tempatan berusia 12 tahun yang mengatakan dirinya telah dicabul oleh bapa tirinya, seorang warga asing.

Katanya, suspek didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu di sebuah rumah di Kota Damansara.



“Dalam kejadian itu mangsa sering tidur bersama bapa tirinya sejak berumur tujuh tahun lagi dan mangsa mendakwa sering rasa dicabul oleh bapa tirinya itu.

“Mangsa telah dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk pemeriksaan dan rawatan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Nik Ezanee, polis turut menerima aduan berkaitan kes itu daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menyatakan bahawa terdapat kejadian grooming sexsual oleh lelaki itu.

“Bertindak atas laporan itu, sepasukan polis telah menangkap seorang suspek warga asing berusia 36 tahun disyaki terlibat dalam kes cabul dipercayai bapa tiri kepada mangsa tersebut.



“Suspek direman selama tujuh hari dan disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana kesalahan mencabul.

“Sabit kesalahan suspek boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan,” kata beliau. – MalaysiaGazette

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker