COVID-19: Kluster Pasai sudah masuk generasi keenam, jangkiti 2,363 individu

PUTRAJAYA: Kluster Pasai yang sudah menjangkiti seramai 2,363 individu setakat ini, kini dikesan memasuki enam generasi, berikutan kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pihaknya dimaklumkan hingga kini, Kluster Pasai sudah merebak hingga ke 58 rumah panjang di Sarawak.

Penularan berlaku berikutan kes indeks yang pulang dari Johor untuk menghadiri pengebumian mendiang bapanya, menjalani kuarantin wajib di rumah panjang yang kurang pengasingan.

“Adat pengkebumian di rumah panjang adalah selama tiga hari berturut-turut membabitkan pengunjung yang ramai dari rumah panjang lain.

“Pematuhan kepada SOP juga penting,” katanya pada sidang media hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, apabila individu terbabit berkumpul di rumah panjang, kurang pengasingan serta pematuhan kepada SOP.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker