Mujahid ketuai barisan kepimpinan PH Perak yang baru

Mujahid ketuai barisan kepimpinan PH Perak yang baru. Pakatan Harapan Perak mengumumkan barisan kepimpinan baru yang dipilih pada 24 Jun lalu.

Ini selepas Naib Presiden Amanah Mujahid Yusof mengambil alih teraju kepimpinan gabungan itu di Perak.

Mujahid dilantik menjadi pengerusi PH Perak oleh Majlis Presiden PH bulan lalu menggantikan bekas menteri besar Perak Ahmad Faizal Azumu, yang keluar PH bersama partinya Bersatu pada Feb 2020.



“Semua pengerusi negeri iaitu Nga Kor Ming (DAP), Asmuni Awi (Amanah) dan Farhash Wafa Salvador (PKR) dilantik sebagai timbalan pengerusi PH Perak.

“Mesyuarat juga mengekalkan Setiausaha PH Perak kepada Sivakumar, ahli parlimen Batu Gajah.

“Manakala pejabat sekretariat PH Negeri akan beroperasi di Wisma Amanah Negeri Perak,” maklum Penyelaras Komunikasi PH Perak Dr Muhaimin Sulam pada satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua AMK Perak Mohamad Hairul Amir Sabri dilantik sebagai ketua pemuda PH negeri. Dia akan menggantikan bekas pemimpin Amanah Hasnul Zulkarnain Abd Munaim, Adun Titi Serong yang menyertai Bersatu pada Julai 2020.



Ramai Kecewa PKP Tak Tamat Esok

Pemimpin DAP Wong Mei Ing akan terus menerajui Wanita Harapan Perak. Naib pengerusi PKR Perak, Tan Kar Hing akan kekal sebagai bendahari negeri.

Ahli jawatankuasa PH terdiri daripada pemimpin DAP Ngeh Koo Ham dan Wong May Ing; pemimpin Amanah Fakhruldin Mohd Mohd Hashim dan Ahmad Termizi Ramli; dan pemimpin PKR Baldip Singh dan MA Tinagaran.



Bekas timbalan pengerusi Amanah Perak Mohammad Nizar Jamaluddin digugurkan daripada Majlis Pimpinan PH Perak dan digantikan oleh Ahmad Termizi, yang pernah dinamakan oleh gabungan itu untuk bertanding pada pilihan raya kecil Kuala Kangsar 2016.

Menurut Muhaimin, PH Perak telah mencapai persetujuan mengenai struktur baru PH yang dimuktamadkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PH Perak baru-baru ini.

“Mesyuarat tersebut berlangsung secara talian yang dipengerusikan Dr. Mujahid Yusof, pengerusi PH Perak yang baru,” katanya.

Mesyuarat pada 24 Jun itu juga, maklum Muhaimin telah mengarahkan supaya setiap parlimen di Perak mengerakkan semula Sekretariat PH masing-masing.



“Ini sebagai persiapan bagi menghadapi sebarang kemungkinan situasi politik terkini dan menjaga kebajikan masyarakat setempat.

“PH Perak akan memberi tumpuan terutama dalam berhadapan krisis pandemik yang memberi kesan menyeluruh kepada semua pihak,” katanya lagi.

Mujahid ketuai barisan kepimpinan PH Perak yang baru


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Elak dicerai isteri, buat laporan polis palsu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker