Elak dicerai isteri, buat laporan polis palsu


Elak dicerai isteri, buat laporan polis palsu

‘Usaha’ selamatkan perkahwinan, lelaki buat laporan palsu elak dicerai isteri

KOTA KINABALU: Gara-gara bimbang diceraikan isteri, seorang lelaki sanggup membuat laporan polis palsu untuk menyelamatkan perkahwinannya.

Lelaki berusia 30-an dari Kota Belud itu, dikatakan membuat laporan palsu bahawa dia telah dirompak dua lelaki semata-mata mahu meraih simpati isterinya daripada meneruskan proses perceraian.



Ketua Polis Daerah Kota Belud, Sahimi Husin, berkata lelaki tersebut membuat laporan itu pada jam 9 malam semalam, mendakwa dua lelaki telah merompaknya dan melarikan motosikalnya di Kampung Pirasan.

Tetapi selepas siasatan dibuat, polis curiga dengan kisahnya yang tidak masuk akal, sambil menambah lelaki itu akhirnya mengaku telah membuat laporan palsu.

“Suspek kemudian membawa polis ke lokasi motosikalnya disembunyikan dan turut mengakui membuat laporan palsu untuk menyelamatkan perkahwinannya,” katanya, ketika dihubungi.

Sahimi berkata lelaki itu ditahan dan didapati positif methamphetamine setelah menjalani ujian air kencing.



Suspek berdepan tuduhan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu dan Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sahimi mengingatkan orang ramai bahawa tindakan membuat laporan palsu adalah kesalahan serius, sambil memberi amaran bahawa polis tidak akan berkompromi dengan mereka yang melakukannya. FMT

Elak dicerai isteri, buat laporan polis palsu


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Najib tak buat apa masa jadi PM



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker