MCMC siasat video aksi sumbang, jelik pengasas produk kecantikan [VIDEO]

 

Tangkap layar video yang dipaparkan di media sosial baru-baru ini akan disiasat pihak MCMC dan PDRM

PETALING JAYA – Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalankan pemeriksaan bagi tujuan siasatan terhadap beberapa pengasas produk kecantikan serta selebriti terkenal yang memuat naik kandungan boleh disifatkan jelik di Instagram dan TikTok mereka baru-baru ini.

MCMC dalam satu kenyataan berkata, siasatan itu dijalankan terhadap ketiga-tiga individu terlibat di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, semalam.

“MCMC memandang serius tindakan beberapa pengasas produk kecantikan dan selebriti terkenal yang telah memuat naik kandungan yang boleh disifatkan sebagai sumbang dan jelik di laman aplikasi Instagram dan TikTok masing-masing.



“Siasatan dibuat susulan aduan yang diterima daripada orang ramai berhubung tindakan individu-individu berkenaan. Siasatan lanjut berkaitan kes ini masih dijalankan,” katanya di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua- duanya, dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

“Sehubungan itu, orang ramai khususnya para selebriti yang mempunyai pengaruh di dalam masyarakat seharusnya menunjukkan teladan yang baik dan peka untuk tidak memuat naik kandungan yang bertentangan dengan undang-undang,” tambahnya.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan aksi tepuk punggung membabitkan empat selebriti dan usahawan iaitu penyanyi Ifa Raziah, Datuk Seri Vida, Kak KM dan Cheta Pot Pet



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Pemain Harimau Malaya rai kejayaan di kelab malam tular (Video)

Wajah kacak penjaga gol Harimau Malaya dipuji, persis pelakon Thai



Ramai lagi berjoget, tayang payudara, kenapa serang saya saja? – Ifa Raziah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker