Tunggu berita baik buat Malaysia, Pahang dari UAE – Anwar

Tunggu berita baik buat Malaysia, Pahang dari UAE – Anwar

BENTONG: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata satu berita penting yang sangat baik akan diumumkan hasil lawatan kerja ke Emeriah Arab Bersatu (UAE), Khamis ini.

Mengumumkan perkara itu di Ceramah Mega Perpaduan Madani di Dataran Simpang Pelangai malam tadi, Perdana Menteri berkata khabar gembira itu bukan sahaja untuk kepentingan Malaysia secara amnya, juga secara khususnya merangkumi Pahang.



Bagaimanapun, Anwar berkata, beliau belum memberitahu Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengenai berita baik itu kerana syaratnya, perlu menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (PRN) Pelangai terlebih dahulu.

“Mudah-mudahan Insya-Allah, kita akan beri pengumuman yang penting bukan sahaja untuk Malaysia tetapi untuk Pahang.

“Saya tak beritahu (Wan) Rosdy sebab nak buat kejutan untuk dia. Tetapi syaratnya (kena) menang (PRK) Pelangai dulu.

“Kita akan umumkan satu berita yang sangat baik untuk Pahang daripada UAE,” katanya.



Perdana Menteri dijadual melakukan lawatan kerja ke UAE Khamis ini.

Mengulas lanjut perkembangan baik itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, ia sesuatu yang amat dinanti-nantikan kerana hasil kerja keras pasukan Jemaah Menteri dalam Kerajaan Perpaduan.

Beliau juga berkata, khabar gembira itu juga hasil faktor keyakinan pihak UAE terhadap kestabilan politik di negara ini, menerusi kerjasama pelbagai gabungan parti.

“Dia yakin sebab politik kita stabil. Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bersama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan saling mempercayai,” katanya.



Dalam pada itu, Anwar berkata, kerajaan akan menambah peruntukan untuk Negeri Pahang menerusi Bajet 2024 kelak bagi menyokong usaha mereka menyediakan perumahan untuk generasi kedua FELDA di negeri itu.

“Saya nak bagi jaminan Insya-Allah dalam belanjawan kita, kita tambah peruntukan supaya program diteruskan,” katanya. BH

Tunggu berita baik buat Malaysia, Pahang dari UAE – Anwar

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik

Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam



Jiggy komen pakaian renang Dhabitah

Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker