Famili Duo 3 lebih menyengat

Famili Duo 3 lebih menyengat

Selepas mencetus fenomena sehingga meraih lapan juta penonton pada musim lalu, program realiti berkonsepkan kekeluargaan, Famili Duo kembali memeriahkan industri hiburan tanah air dengan penampilan enam pasangan selebriti yang lebih sensasi dan menyengat.

Pada sidang media Famili Duo musim ketiga (FD3) di IOI City Mall, Putrajaya, Sabtu lalu, hanya lima pasangan diperkenalkan kepada umum, manakala identiti pasangan keenam hanya didedahkan pada episod pertama program yang bakal memulakan siarannya 15 Oktober ini.



Lima pasangan diperkenalkan adalah pasangan adik-beradik, Shila Amzah dan Syahir Amzah; Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi (adik-beradik); Fuad Rahman dan Tom (suami isteri); Ryan Bakery dan Adam Bakery (adik-beradik) serta Haqiem Rusli dan Ariff Bahran (sepupu).

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Nini Yusof menyifatkan penerbitan program FD3 sebagai serampang dua mata buat stesen penyiaran itu.

“Famili Duo kali ini membabitkan pasangan keluarga selebriti yang mantap dan menyengat kerana membabitkan pasangan suami isteri, adik-beradik dan sepupu.

“Tujuan utama untuk mengeratkan hubungan keluarga selebriti yang jauh dan dekat di samping memeriahkan industri hiburan tanah air.



“Tentu ramai ingin melihat kreativiti dan gelagat mereka ketika persembahan dan di sebalik tabir. Program realiti ini semakin hangat dengan kemunculan famili penaja seperti OGAWA, Elegant Cosmetics dan Centrum,” katanya.

Sementara itu. Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif OGAWA Malaysia, Datuk Lim Mee Ling teruja kerana jenama OGAWA dapat menjalinkan kerjasama dengan program realiti popular itu.

“Kami teruja apabila OGAWA dapat menjadi sebahagian famili FD3 dalam meraikan bakat muzik yang luar biasa.

“Kami percaya kuasa muzik dapat menyembuh dan memberi inspirasi di samping menggalakkan penonton mengejar impian untuk kehidupan yang lebih sihat dengan OGAWA.



“Mari kita menerokai kehebatan muzik, magis dalam ketenangan dan keseronokan dalam pencarian,” ujarnya.

Kenyataan itu turut disokong Timbalan Pengarah OGAWA Malaysia, Leong Boon Hong yang melihat kerjasama selari dengan objektif dan hala tuju jenama mereka.

“Sebagai penaja utama, kerjasama ini adalah satu peluang yang menakjubkan kerana ia adalah platform yang memberi pengiktirafan kepada bakat muzik yang luar biasa.

“Kerjasama ini seiring dengan misi OGAWA iaitu sentiasa komited dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia, sambil menekankan kepentingan kesihatan fizikal dan mental dan mengeratkan hubungan kekeluargaan,” jelasnya.



Pada majlis itu, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan juara Famili Duo musim lalu iaitu Zaki Yamani dan Yamani Abdillah serta pemenang tempat ketiga, Bella Astillah dan Wani Kayrie.

Menggunakan slogan Berduo lebih baik!, program lapan episod itu bakal dikendalikan gandingan selebriti serba boleh, Janna Nick dan Izzue Islam sebagai hos program, manakala Ajai dan Mas Idayu kekal sebagai juri tetap.

Enam pasangan selebriti akan tampil bertarung dan mempamerkan kreativiti menerusi tema berbeza setiap minggu.

Juara mingguan bakal memenangi hadiah berjumlah RM10,000 pada tujuh episod pertama, manakala finalis di pentas akhir Famili Duo berpeluang merebut hadiah utama wang tunai RM100,000.



Pemenang mingguan akan ditentukan oleh juri tetap sebanyak 70 peratus dan undian dalam talian melalui Tonton (30 peratus).

Setiap penonton boleh membuat undian sebanyak 10 kali setiap minggu, manakala penonton melanggan TontonUP pula mendapat kelebihan istimewa apabila boleh mengundi duo kegemaran sebanyak 50 undian.

Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital serta Hot FM sebagai Famili Radio.

FD3 bakal menemui penonton setiap Ahad, jam 9 malam di TV3 bermula 15 Oktober ini dan strim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store. BH



Famili Duo 3 lebih menyengat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik

Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam

Jiggy komen pakaian renang Dhabitah

Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker