Bekas isteri SM Faisal dihantar ke Penjara Kajang

Bekas isteri SM Faisal dihantar ke Penjara Kajang

Emilia Hanafi, bekas isteri taikun SM Faisal SM Nasimuddin, dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara tujuh hari kerana menghina mahkamah.

Ini menyusul kegagalan peguam Nazri Yahya menemui hakim untuk merayu penangguhan hukuman itu.

Terdahulu, Emilia yang berjubah putih, menyerah diri di Mahkamah Syariah pada 10 pagi tadi.

Beliau ditemani Nazri, peguam dan aktivis Siti Kasim serta beberapa penyokong.

Sementara itu, adik Emilia, Ezhan Shahril Hanafi berkata, beliau sudah menghantar surat rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi pihak kakaknya.

“Saya hantar surat itu sendiri ke Istana Negara tiga bulan lalu untuk memohon beliau tidak dipenjarakan atau hukuman diringankan tetapi tiada jawapan sejak itu.”

Dalam penghakiman terdahulu berhubung hak lawatan, hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, Fouzi Mokhtar berkata, Emilia dijatuhkan hukuman itu kerana beliau gagal menghantar anak-anaknya kepada Faisal, walaupun terdapat perintah mahkamah.

Fouzi berkata, hukuman penjara tujuh hari ke atas Emilia adalah wajar kerana beliau dengan sengaja melanggar penghakiman persetujuan yang direkodkan.

Dalam wawancara bersama FMT yang disiarkan hari ini, SM Faisal berkata, beliau trauma kerana tidak dapat meluangkan masa bersama anak-anaknya sejak enam tahun lalu, termasuk ketika sambutan Hari Raya dan ulang tahun kelahiran.

Siti dalam respons terhadap perkara itu mendakwa SM Faisal gagal hadir untuk berjumpa anak-anaknya seperti dijadualkan. FMT

Bekas isteri SM Faisal dihantar ke Penjara Kajang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda tinggalkan Melodi

Mat Kilau : Syamsul Yusof beri amaran

Elaun RM4,733 tak cukup

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker