Najib jawab dakwaan Anwar

Najib jawab dakwaan Anwar

Najib Razak menegaskan tidak pernah meminta kesnya digugurkan melalui pengaruh politik, susulan dakwaan beliau ada memberikan akuan berkanun (SD) menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dengan syarat kes “tidak diteruskan”.

“Langsung tak benar apa Anwar kata,” kata bekas perdana menteri itu di Facebook.



Semalam, menyusuli pendedahan seorang bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno sendiri, Anwar yang juga ketua pembangkang mendakwa Najib ada memberikan SD menyokong beliau menjadi perdana menteri dengan syarat tersebut.

Dakwaan itu menyokong dakwaan dibuat oleh Tajuddin Abdul Rahman baru-baru ini, bahawa beliau “saksi” Umno menghantar SD menyokong presiden PKR itu kepada Agong.

Najib bagaimanapun mempertikaikan dakwaan bahawa Anwar mendapat sokongan secukupnya untuk menjadi perdana menteri.

“Kenapa pula Istana Negara tidak lantik dia jadi perdana menteri?” katanya.



BERITA LANJUT MENYUSUL

Najib jawab dakwaan Anwar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Rakyat Kelantan tak perlu pawagam, boleh tengok Netflix – Mohd Amar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam



Terhidu najis burung merpati bawa maut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker