Anjing Sambut Harijadi Besar-Besaran, Siap Ada Kek 100kg [VIDEO]

Anjing Sambut Harijadi Besar-Besaran, Siap Ada Kek 100kg [VIDEO]

SEORANG lelaki meraih pujian warga maya kerana kasih sayangnya tidak berbelah bahagi terhadap anjing peliharaannya bernama Krish.

Siapa sangka Shivappa Yellappa Maradi sanggup mengadakan majlis secara besar-besaran sempena sambutan hari ulang tahun anjingnya.

Dalam kejadian di Belagavi, Karnataka di India, lelaki itu meraikan hari jadi anjingnya dalam sebuah parti.

Dia juga dilihat memotong kek hari jadi seberat 100 kilogram untuk anjingnya.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan usia haiwan peliharaan itu.

Menerusi rakaman video yang tular, anjing Krish yang memakai topi hari jadi berada di tengah orang ramai, menghadap kek.

Para tetamu dilihat menepuk tangan dan menyuapkan kek kepada Krish.

Kira-kira 4,000 orang menikmati makanan di majlis itu.

Rata-rata netizen kagum dengan penganjuran majlis tersebut.

“Krish sangat bertuah,” tulis seorang pengguna Twitter. – India.com

Anjing Sambut Harijadi Besar-Besaran, Siap Ada Kek 100kg [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakyat Kelantan tak perlu pawagam, boleh tengok Netflix – Mohd Amar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker